Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

2 hakim antarabangsa dilantik ke Mahkamah Komersial Antarabangsa S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 hakim antarabangsa dilantik ke Mahkamah Komersial Antarabangsa S’pura

Dec 15, 2023 | 06:08 PM



Dua Hakim Antarabangsa dilantik ke Mahkamah Komersial Antarabangsa Singapura (SICC) bagi sepenggal yang berlangsung selama tiga tahun, mulai 5 Januari 2024.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 Disember, Hakim Michael Peck dari Amerika Syarikat dan Hakim James Leslie Bain Allsop dari Australia telah dilantik oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Hakim Peck merupakan lulusan Dartmouth College pada 1967 dan Universiti New York School of Law pada 1971. Beliau berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam sektor swasta. Antara bidang tumpuannya termasuk kemuflisan, hak pemiutang, penstrukturan semula dalam perniagaan, kontrak kewangan dan terbitan, pengantaraan dan penyelesaian pertikaian.

Beliau merupakan bekas hakim di Mahkamah Kemuflisan bagi daerah selatan New York pada 2006 hingga 2014, di mana beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan perbadanan besar seperti bekas syarikat bank pelaburan, Lehman Brothers, American Airlines dan General Motors.

Hakim Peck juga merupakan ahli pengasas jawatankuasa penasihat Institut Undang-Undang Perniagaan Asia bagi Akademi Undang-Undang Singapura (SAL) dan juga merupakan ahli panel perantaraan berkelayakan di Pusat Perantara Singapura (SMC) dan Pusat Perantara Antarabangsa Singapura (SIMC)

Hakim Allsop menamatkan pengajiannya di Universiti Sydney dengan meraih ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dengan kepujian kelas pertama. Beliau juga dilantik sebagai ‘Queen’s Counsel’ (QC) di Australia Barat pada 1998.

Pada 2013, beliau dilantik sebagai seorang pegawai bagi ‘Order of Australia’ kerana perkhidmatannya terhadap badan kehakiman dan undang-undang serta sumbangannya terhadap pentadbiran undang-undang maritim dan pendidikan. Kededuanya merupakan reformasi yang diperkenalkan olehnya untuk menggalakkan kesaksamaan dan akses.

Beliau turut dilantik sebagai Ketua Hakim bagi Mahkamah Persekutuan Australia pada tahun yang sama. Beliau bersara daripada tugas itu pada April 2023.

Antara bidang undang-undang kepakarannya termasuk undang-undang perdagangan, undang-undang maritim dan pengangkutan, undang-undang insurans, percukaian dan undang-undang antarabangsa bagi awam dan swasta.

Ditubuhkan pada 2015, SICC merupakan mahkamah antarabangsa yang berpusat di Singapura sebagai pilihan demi penyelesaian sebarang pertelingkahan perdagangan seperti perantaraan dan penimbangtaraan.

Berasingan daripada itu, tiga Hakim Kanan bagi Mahkamah Agung akan menamatkan penggal mereka pada 4 Januari 2024. Mereka adalah Hakim Quentin Loh, Hakim Andrew Ang dan Hakim Lai Siu Chiu.

Mahkamah Agung akan mempunyai 27 orang hakim termasuk Hakim Persekutuan, tiga Pesuruhjaya Kehakiman, empat Hakim Kanan dan 20 Hakim Antarabangsa mulai 5 Januari 2024.

PMO mengatakan: “Mahkamah Agung berterima kasih atas sumbangan mereka yang tidak ternilai terhadap Badan Kehakiman dan ingin mengharapkan yang terbaik bagi usaha mereka pada masa depan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >