SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

2 lagi masjid tawar korban hidup, menjadikan 7 masjid kesemuanya

2 lagi masjid tawar korban hidup, menjadikan 7 masjid kesemuanya

Apr 9, 2026 | 3:20 PM

2 lagi masjid tawar korban hidup, menjadikan 7 masjid kesemuanya

46f03d03-82bb-4cd7-a257-895a1162e0a5
-

Ibadah korban akan dijalankan secara langsung di dua lagi masjid Singapura iaitu di Masjid Al Istighfar dan Masjid Jamae Chulia pada Aidiladha ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan masjid yang menawarkan ibadah korban secara langsung kepada tujuh.

Baki lima masjid itu ialah Masjid Al-Firdaus (Jalan Ibadat); Masjid Petempatan Melayu Sembawang; Masjid Pusara Aman; Masjid Omar Salmah; dan Masjid Tentera Diraja.

Jumlah masjid yang menawarkan ibadah korban secara langsung di Singapura dan di luar negara adalah sebanyak 55 pada 2026.

Menurut laman korban.ourmasjid.sg, harga yang ditawarkan bagi ibadah korban di masjid-masjid tersebut bermula daripada $365 untuk seekor kambing.

Hari Raya Aidiladha 2026 dijadualkan jatuh pada 27 Mei.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg