Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

2 lelaki ditahan elak cukai rokok dan GST lebih $542,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki ditahan elak cukai rokok dan GST lebih $542,000

Feb 07, 2024 | 07:16 PM



Dua lelaki warga Singapura, berusia 21 dan 24 tahun, ditahan pada 31 Januari kerana didakwa mengelak cukai duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah $542,959.

Kastam Singapura berkata dalam satu kenyataan pada 7 Februari bahawa ia telah merampas 4,420 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua operasi.

Dalam operasi pertama yang berlaku di tempat letak kereta bertingkat di Jurong West Street 74, pegawai Kastam terserempak lelaki berusia 21 tahun itu berjalan ke arah sebuah van.

Pegawai berkenaan menemui 2,680 karton rokok yang tidak dibayar cukai di bahagian belakang van dan merampas rokok dan van itu.

Dalam operasi kedua, seorang lelaki berusia 24 tahun dilihat berdiri secara mencurigakan di belakang sebuah van di tempat letak kereta terbuka di Jalan Bukit Batok 31.

Bahagian belakang van itu didapati mengandungi 1,740 karton rokok tidak dibayar cukai. Barangan itu dirampas pegawai tersebut selain van itu.

Kenyataan itu menambah bahawa lelaki berusia 24 tahun itu didakwa telah menerima arahan mengenai tempat untuk mengumpul dan menghantar rokok tanpa cukai, melalui platform pesanan sosial.

Dia kemudiannya menyampaikan arahan itu kepada lelaki yang lebih muda itu untuk membantunya mengedarkan rokok yang tidak dibayar cukai itu.

Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, membeli, menjual, mengirim, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius.

Jika sabit kesalahan, setiap lelaki itu boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielaknya, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu juga boleh disita.

Prosiding mahkamah sedang berjalan untuk kedua-dua suspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >