Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

3,000 individu di Jalan Bukit Merah jalani pemeriksaan TB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,000 individu di Jalan Bukit Merah jalani pemeriksaan TB

Jan 05, 2024 | 06:57 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) akan menjalankan ujian saringan beramai-ramai dari 11 hingga 15 Januari ini untuk mengenal pasti sebarang kes aktif penyakit batuk kering atau tuberculosis (TB) serta mencegah penularan selanjutnya berikutan 10 kes yang dikesan dalam sebahagian kelompok Jalan Bukit Merah yang timbul pada 2022.

Seramai sekitar 3,000 individu termasuk penduduk dan pekerja di Blok 1 dan 3 Jalan Bukit Merah, pekerja di Pasar dan Pusat Makanan ABC Brickworks serta pelanggan dan kakitangan pusat aktiviti warga emas di Blok 3 akan menjalani pemeriksaan TB, kata MOH.

Tambahan 10 kes TB aktif itu dikaitkan secara genetik dengan kluster tujuh kes yang diumumkan sebelum ini di Blok 2 Jalan Bukit Merah pada 2022, kata kementerian itu.

Secara keseluruhan, kluster itu kini mempunyai 28 kes, termasuk empat di blok 1 dan 3 yang muncul selepas itu dan tujuh yang dikesan semasa latihan saringan besar-besaran yang diadakan selepas kluster sebanyak tujuh jangkitan itu dikenal pasti.

Usaha saringan baru itu adalah satu usaha mengurangkan risiko, dalam usaha untuk menurunkan kadar TB di Singapura, kata jurucakap MOH.

Penyakit itu dianggap endemik di seluruh dunia.

10 kes tambahan itu telah dikesan antara Februari 2022 dengan Julai 2023. Daripada 10 kes itu, dua tinggal di Blok 1, seorang tinggal di Blok 2, seorang bekerja di pasar dan enam melaporkan kerap mengunjungi pasar dan pusat makanan tetapi tidak tinggal di Jalan Bukit Merah.

MOH berkata individu ini memulakan rawatan mereka selepas diagnosis dan tidak lagi berjangkit, kerana penyakit TB aktif dengan cepat menjadi tidak berjangkit sebaik sahaja rawatan dimulakan.

TB adalah penyakit bawaan udara yang boleh disembuhkan. Kebanyakan orang menghidap TB paru-paru, yang merebak apabila seseorang batuk atau bersin, kata MOH.

Seseorang tidak boleh mendapat TB daripada berkongsi cawan, perkakas atau makanan. TB juga tidak merebak melalui berjabat tangan, mencium, menyentuh cadar katil atau tempat duduk tandas.

Orang yang menghidap penyakit TB aktif selalunya menunjukkan gejala seperti batuk yang berlarutan selama lebih daripada tiga minggu, demam berterusan, berpeluh malam, penurunan berat badan, keletihan dan darah dalam kahak mereka – namun ini jarang berlaku.

Rawatan melibatkan pengambilan gabungan ubat-ubatan selama sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan. Dalam masa dua minggu rawatan, mereka akan menjadi tidak berjangkit.

Mulai 6 hingga 9 Januari, kakitangan MOH dan Pusat Penyakit Berjangkit Nasional, dengan sokongan daripada Persatuan Rakyat (PA), akan melawat semua unit di blok dan gerai yang terjejas di Pasar dan Pusat Makanan ABC Brickworks untuk mendekati penduduk dan peniaga dan menjawab sebarang soalan yang mereka ada, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >