Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

7 stesen TEL4 dibuka pada 23 Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 stesen TEL4 dibuka pada 23 Jun

Mar 05, 2024 | 07:42 PM



Tujuh stesen di bawah projek Tahap Empat Laluan Thomson-East Coast (TEL4) akan mula menerima penumpang pada 23 Jun 2024.

Stesen-stesen di laluan sepanjang 10.8 kilometer dari Tanjong Rhu ke Bayshore itu akan meningkatkan ketersambungan dan memendekkan masa perjalanan untuk penduduk di timur, seperti yang menginap di Marine Parade dan East Coast, sehingga 50 peratus.

“TEL4 sedang melalui ujian bagi memastikan daya tahan dan keandalan sistem sebelum memulakan operasi,” kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di Parlimen pada 5 Mac.

Stesen TEL4 terdiri daripada Tanjong Rhu, Katong Park, Tanjong Katong, Marine Parade, Marine Terrace, Siglap dan Bayshore.

Dengan pembukaan stesen-stesen itu, penumpang hanya memerlukan 20 minit untuk ke Shenton Way dari Marine Parade menaiki TEL, berbanding sekitar 40 minit kini melalui bas dan kereta api, kata Encik Chee.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya berkata dengan pembukaan TEL4, sekitar 235,000 isi rumah akan berada dalam lingkungan 10 minit berjalan kaki dari stesen TEL sedia ada iaitu dari Woodlands North hingga Bayshore.

Empat stesen lain di sepanjang TEL iaitu stesen Bedok South, pertukaran Sungei Bedok dan Xilin akan dibuka pada 2026 apabila projek Tahap Lima TEL dan lanjutan Laluan Downtown (DTL) selesai.

Depoh Bersepadu East Coast, yang mempunyai terowong penghubung ke TEL dan DTL serta jejambat dari Laluan Timur-Barat, juga akan dibuka pada 2026.

Bagi membolehkan penumpang membiasakan diri dengan stesen TEL4, mereka boleh melakukan perjalanan di tujuh stesen baru itu secara percuma semasa acara pembukaan stesen-stesen itu pada 21 Jun 2024 dari 10 pagi hingga 9 malam.

Selain TEL, Laluan Timur Laut (NEL) juga akan dilanjutkan dengan pembukaan stesen Punggol Coast menjelang hujung 2024.

Stesen itu akan menghubungkan penduduk di Punggol North, dan membolehkan akses mudah ke Daerah Digital Punggol dan kampus Punggol Institut Teknologi Singapura (SIT) yang akan dibuka pada 2024.

Kerja pembinaan stesen Hume di DTL sedang berjalan lancar dan dijangka dapat mencapai matlamat dibuka pada 2025.

Selain berkhidmat kepada penduduk di sepanjang Hume Avenue, stesen itu juga akan memberi akses lebih mudah ke Koridor Rel (Tengah).

LTA turut mengumumkan mulai 16 Mac, LRT Bukit Panjang akan menyambung operasi dua gelung (loop) pada Sabtu dari 11 pagi hingga 1 petang dan 5 petang hingga 7 malam.

LRT Bukit Panjang telah beroperasi di satu gelung sahaja sejak 1 December 2019 semasa waktu tidak sibuk bagi memberi laluan kepada kerja pembaharuan.

Kerja peningkatan di LRT Sengkang-Punggol akan dimulakan pada Mac 2024 untuk mempertingkatkan platform stesen LRT Sengkang.

Ini bagi memperbaiki aliran penumpang, dengan tempat berhenti khusus untuk keempat-empat laluan yang melalui stesen itu.

Papan tanda baru dan panduan beratur juga akan disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang.

“Kami dijangka dapat mencapai matlamat meluaskan rangkaian rel kepada sekitar 360 kilometer menjelang tahun 2030-an, dengan lapan dalam 10 isi rumah berada dalam lingkungan 10 minit dari stesen kereta api.

“Projek peluasan rel kami yang berterusan akan mengukuhkan ketersambungan dan daya tahan rangkaian pengangkutan darat kami,” kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >