Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

950,000 isi rumah HDB akan terima rebat U-Save, S&CC pada Jan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

950,000 isi rumah HDB akan terima rebat U-Save, S&CC pada Jan

Dec 29, 2023 | 04:12 PM



Sekitar 950,000 isi rumah Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save dan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada Januari 2024.

Ia khusus untuk menangani kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai karbon dan harga air.

Isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat dua kali ganda rebat biasa U-Save mereka, serta tambahan $20 untuk mengimbangi bil utiliti mereka, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 29 Disember.

Pengagihan tambahan itu akan diberi setiap suku tahun dari Januari 2024 hingga Disember 2025 – berjumlah $160 sepanjang dua tahun.

Ia sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa pelancaran butiran Pakej Sokongan Kos Sara Hidup berjumlah $1.1 bilion pada September 2023.

MOF berkata secara purata, rebat U-Save bagi 2023 berjumlah sekitar lapan hingga 10 bulan bil utiliti bagi isi rumah yang tinggal di flat satu dan dua bilik.

Bagi flat HDB tiga dan empat bilik, rebat itu meliputi bil utiliti sekitar empat hingga enam bulan.

Pengagihan rebat U-Save pada Januari adalah pengagihan keempat dan terakhir untuk 2023.

MOF menambah bahawa isi rumah yang layak juga akan menerima rebat tambahan S&CC setengah bulan pada Januari.

Ia juga mengumumkan bahawa tarif gas dan elektrik akan dinaikkan untuk tiga bulan akan datang berikutan cukai karbon lebih tinggi, kenaikan berjadual GST dan peningkatan kos tenaga.

GST akan meningkat daripada 8 kepada 9 peratus mulai 1 Januari.

Rebat U-Save akan dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti isi rumah bersama SP Services, manakala rebat S&CC akan dikreditkan terus oleh majlis bandaran.

Isi rumah tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk meraih manfaat daripada skim ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >