Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ajak jemaah pelajari sejarah Islam sambil beribadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL PTE LTD

Ajak jemaah pelajari sejarah Islam sambil beribadah

Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Sambil menjalani ibadah umrah, syarikat pelancongan Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd menyediakan lawatan yang penuh dengan kerohanian ke negara-negara yang ada kesan sejarah atau peradaban Islam mulai Ogos hingga Disember tahun 2024 ini.

Dipanggil ‘Kembara Warisan Islam’, pakej pelancongan ini membolehkan jemaah meneroka tempat-tempat suci, bersejarah dan peradaban Islam supaya mereka boleh menghayati kesan sejarah di bawah pimpinan Osmaniyah serta Khalifah Umar Al Khattab.


Antara tempat dalam pakej pelancongan yang ditawarkan tahun ini termasuk Greece, Istanbul dan destinasi baru seperti Madrid pada tahun 2025.

“Kami ingin menawarkan pakej pelancongan tetapi pelancongannya dengan sejarah Islam sekali.

“Seperti dalam Al-Quran memaparkan ayat, ‘seeru fil n’ (Surah 29, Al-Ankaboot, ayat 20) yang bermaksud ‘tengoklah, lihatlah dunia dan mengambil iktibar daripadanya’,” kata Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad.


Bermula dengan pakej pelancongan warisan Islam ke Greece pada 30 Ogos hingga 6 September ini, peserta dapat meneroka kesepaduan budaya Greece dan Islam semasa mereka mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Thessaloniki, diindahkan lagi dengan seni bina pada era Ottoman dan Rotunda.

Jemaah juga boleh menyelami sejarah Islam Masjid Tzistarak di Athens dan melihat pengaruh Islam dalam budaya Greece.

Sekiranya jemaah hendak meraikan Maulidur Rasul di luar negara, syarikat pelancongan ini menyediakan ‘Kembara Warisan Islam’ ke Baitulmakdis pada 13 hingga 19 September ini.

Di Baitulmakdis, jemaah bakal antaranya mengunjungi Dome of the Rock, atau Kubah Al-Sakhrah, dan singgah di tempat kebumian Nabi Ibrahim dan isterinya, Sarah; makam Nabi Yunos dan makam Nabi Musa.


Selain itu, jemaah berpeluang mengunjungi tiga masjid teragung Islam iaitu Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Ada juga pakej pelancongan warisan Islam ke Istanbul dari 31 Ogos hingga 13 September ini, dengan jemaah akan mengunjungi beberapa masjid terkenal seperti Masjid Biru.

Tatkala jemaah mempelajari kisah tamadun Islam, mereka juga boleh mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dengan menunaikan solat di masjid-masjid yang mereka kunjungi.

Semua pakej pelancongan ‘Kembara Warisan Islam’ membolehkan jemaah mengunjungi negara dengan tempat bersejarah Islam dahulu sebelum mereka menjalani ibadah umrah di Madinah dan Makkah.

Selanjutnya, syarikat Noor Mohamad Services & Travel merancang akan meluaskan destinasi ke Madrid, Maghribi dan Sicily bagi pakej pelancongan ‘Kembara Warisan Islam’ pada 2025.

Jumlah jemaah yang biasanya mengikuti pakej pelancongan syarikat Noor Mohamad Services & Travel seramai 30 hingga 40 orang sahaja.

Selain itu, syarikat tersebut turut menawarkan pakej umrah selama 11 hari atau 12 hari, dengan jemaah akan ke Madinah dahulu sebelum ke Makkah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lungsuri laman https://noormohamad.com.

Firma Noor Mohamad Services & Travel terletak di 810 City Plaza, Geylang Road #01-88, Singapura 409286. Ia boleh dihubungi di talian 9225-1684 atau 6743-5321.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >