Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bantu masyarakat miskin pedalaman Indonesia nikmati daging korban

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Bantu masyarakat miskin pedalaman Indonesia nikmati daging korban

May 10, 2024 | 05:30 AM



Setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, daging korban pasti antara keperluan yang dinantikan-nantikan, khususnya bagi masyarakat kurang berkemampuan.

Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata tidak semua saudara Muslim di luar sana mampu menikmati daging sebagai hidangan keluarga kerana harganya yang melambung tinggi.

Oleh itu, ibadah korban yang dilakukan oleh Al-Imtaq International & Services selama 18 tahun ini menjadi satu cara lain untuk menggembirakan penduduk Islam kurang bernasib baik seperti fakir miskin, ibu tunggal, dan anak-anak yatim, yang tinggal di kawasan pedalaman Lombok, Indonesia.

Penerima daging korban ini terdiri daripada mereka yang betul-betul memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman Lombok Timur dan umumnya di kawasan Nusa Tenggara Barat (NTB) seperti kampung Bandok, Lengkok, Mamben, Temanjor, Tirpas, Gunung Malang, Seganteng, Sumbawa dan lainnya.

“Ibadah korban adalah satu ibadah yang disukai Allah swt. Justeru, kejar pahala ibadah ini mengikut kadar kemampuan masing-masing bersama niat untuk mencapai keredaan Allah swt, lebih-lebih lagi apabila ia dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.


“Platform tersedia ini membuka peluang kepada masyarakat Singapura menyumbang kepada penerima di daerah pedalaman tersebut yang terletak di kawasan bukit serta jauh dari kawasan bandar.

“Kebanyakan mereka ini sukar mendapatkan hidangan daging bermutu kerana dibelenggu kemiskinan. Mudah-mudahan, ibadah korban tersebut dapat menjadi penyuntik kegembiraan buat mereka dan tapak pengumpul pahala bagi umat Islam yang melaksanakan korban pada jalan Allah,” jelas Ustaz Musa.

Bagi ibadah korban lembu, Al-Imtaq International & Services menetapkan harga sebanyak $1,200 bagi tujuh bahagian. Mereka yang berminat mahu berkorban haiwan kambing pula, boleh melakukannya dengan bayaran $190 sahaja.

Sila hubungi talian 9746-9073 (Encik Abu Bakar), 9675-8787 (Ustaz Husni Yusof), 9843-0604 (Ustaz Soleh) atau 8454-3782 (WhatsApp Admin) untuk mendaftarkan ibadah korban anda hari ini.

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN


Pembayaran boleh dilakukan melalui:

 Tunai dengan pegawai kami sewaktu pengambilan di rumah.

 Pemindahan bank ke dalam akaun DBS 019-904263-9.

 PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi berjaya, sila sertakan bukti/resit dan WhatsApp ke talian 8454-3782.

 Kirimkan cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

 Layari http://www.al-imtaq.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >