Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Beberapa hospital di S’pura tawar menu berasas tumbuhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa hospital di S’pura tawar menu berasas tumbuhan

Mar 11, 2024 | 06:00 PM



Beberapa hospital di Singapura mula menawarkan pilihan menu makanan berasaskan tumbuhan bagi pesakit sebagai sebahagian daripada usaha kemampanan.

Menu tersebut ditawarkan selepas ia dinilai sihat dan mempunyai khasiat seimbang.

Hospital Alexandra (AH) dan Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) tidak lagi menyajikan makanan daging lembu dan kambing – yang dianggap makanan daging paling intensif karbon di seluruh dunia – untuk pesakit yang dirawat di wad hospital sejak Ogos 2023.

Kededua hospital itu menggantikannya dengan makanan berasaskan tumbuhan yang diperbuat daripada protein soya.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) mula menawarkan pilihan menu berasaskan tumbuhan kepada pesakit sejak Januari 2023, manakala Hospital Universiti Nasional (NUH) mula menawarkannya sejak 2018, lapor The Straits Times (ST).


Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sektor haiwan ternakan menyumbang sekitar 12 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau sedunia yang disebabkan manusia.

“Pemakanan berasaskan tumbuhan yang dirancang dengan baik boleh menawarkan pelbagai manfaat kesihatan,” kata seorang jurucakap NUH.

“Menyertakan lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan ke dalam diet kita boleh memainkan peranan penting dalam menggalak kemampanan alam sekitar pada jangka panjang.”

Menurut kesemua hospital itu, pesakit tidak dikenakan kos tambahan bagi pilihan makanan berasaskan tumbuhan.

Di samping itu, makanannya dinilai oleh pakar pemakanan hospital sebagai sihat dan seimbang dari segi khasiat.

Cef yang juga penolong pengarah hospitaliti kumpulan AH, Encik Kenneth Francisco, berkata dalam proses menghasilkan hidangan masala berasaskan tumbuhan, beliau mengurangkan jumlah garam sebanyak 20 peratus berbanding masala ayam atau ikan biasa yang disajikan kepada pesakit, selepas menerima maklum balas daripada pakar pemakanan hospital itu.

Ini disebabkan kadar sodium yang lebih tinggi dalam kebanyakan produk daging berasaskan tumbuhan.

Di empat hospital itu, hanya pesakit yang tidak mempunyai sekatan diet boleh memilih menu berasaskan tumbuhan.

Pesakit yang memerlukan pemakanan lebih khusus, seperti diet rendah garam atau diet rendah kalium (potasium), disajikan menu yang sesuai dengan keadaan kesihatan mereka.

Pada masa ini, AH dan NTFGH menawarkan pilihan menu berasaskan tumbuhan untuk makan tengah hari dan makan malam dua hingga tiga kali seminggu.

Di KKH, menu berasaskan tumbuhan ditawarkan dua kali seminggu – sekali untuk makan tengah hari dan sekali untuk makan malam, manakala NUH menawarkan menu berasaskan tumbuhan bagi setiap hidangan.

Namun, kesemua hospital itu menyatakan bahawa bilangan pesakit yang memilih sajian makanan berasaskan tumbuhan masih rendah.

AH dan NTFGH menganggar hanya sekitar 5 peratus daripada pesakit memilih sajian berasaskan tumbuhan, manakala di KKH, sekitar 5 hingga 10 peratus pesakit berbuat demikian.


Bagi NUH, sekitar 15 peratus pesakit memilih menu berasaskan tumbuhan, kata jurucakapnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >