Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas pegawai penjara didakwa ceroboh portal kerja tanpa izin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai penjara didakwa ceroboh portal kerja tanpa izin

Apr 22, 2024 | 07:03 PM



Seorang pegawai penjara didakwa menggunakan portal komputer berkaitan kerja untuk menjalankan pemeriksaan tanpa kebenaran ke atas 34 banduan antara April 2022 dengan Februari 2023.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan mengapa Ahmad Rihyad Abd Rahim, 31 tahun, dikatakan berbuat demikian.

Ahmad, yang meletakkan jawatan selepas Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengetahui tindakannya, kini berdepan tiga tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Dia dijangka mengaku bersalah di Mahkamah Daerah pada 27 Mei.

Menurut dokumen mahkamah, dia berada di Institusi Kompleks Taman Selarang S1A di Upper Changi Road North pada April 2022 apabila dia didakwa menggunakan akaun yang ditugaskan untuk sistem pangkalan data banduan yang dipanggil Sistem Operasi dan Pemulihan Penjara (Ports2) bagi menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki.

Ahmad dituduh menggunakan akaun Ports2 yang sama untuk melakukan pemeriksaan tanpa kebenaran ke atas seorang banduan wanita sebanyak lapan kali antara 13 Julai dengan 3 September 2022.

Secara berasingan, dia dikatakan melakukan kesalahan serupa yang dikaitkan dengan 32 banduan lelaki dan perempuan lain, antara Jun 2022 dengan Februari 2023.

SPS memberitahu akhbar The Straits Times (ST) dalam satu kenyataan pada 19 April bahawa kesalahan yang didakwa itu mula terbongkar apabila ia menjalankan audit dalaman terhadap penggunaan sistem pangkalan data banduan oleh Ahmad sebagai sebahagian proses siasatan.


Aksesnya kepada sistem itu kemudian digantung, dan dia dikerahkan semula ke tugas lain yang tidak melibatkan interaksi dengan banduan atau tidak memberinya akses kepada maklumat mengenai mereka.

Polis menahan Ahmad selepas SPS membuat laporan pada 30 Mei 2023.

Jurucakap SPS memberitahu ST: “(Kami) amat memandang serius terhadap sebarang akses tanpa kebenaran kepada sistem dalaman (kami).

“Mana-mana pegawai yang didapati berbuat demikian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk dikenakan tindakan tegas dan mengikut undang-undang.”


Bagi setiap tuduhan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan dikenakan denda sehingga $5,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga tiga tahun dan denda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >