Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas pekerja firma siasatan bagi HSA didakwa rasuah, cabul kehormatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pekerja firma siasatan bagi HSA didakwa rasuah, cabul kehormatan

Dec 20, 2023 | 03:37 PM



Seorang pekerja firma perkhidmatan bersepadu privet, yang menyiasat kesalahan yang dikaitkan dengan rokok elektronik atau e-rokok bagi pihak Penguasa Sains Kesihatan (HSA), didakwa cuba mendapatkan khidmat seksual daripada seorang wanita sebagai pertukaran diringankan siasatan terhadapnya.

Menurut laporan The Staits Times (ST), Zaini Ibrahim, seorang pegawai penyiasatan (IO) dengan WSH Experts pada masa itu, juga dituduh mencabul kehormatan wanita yang disiasat.


Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata pada 19 Disember bahawa kesalahannya melibatkan tiga wanita kesemuanya.

Dalam satu kenyataan, CPIB menambah bahawa dia bukan lagi IO untuk WSH Experts.

Pada 20 Disember, Zaini, 54 tahun, didakwa atas satu kes rasuah serta enam tuduhan mencabul kehormatan dan pencabulan terhadap wanita.

Ketiga-tiga wanita itu tidak boleh dinamakan disebabkan perintah larangan bagi melindungi identiti mereka, dan nama mereka telah dipadamkan daripada dokumen mahkamah.

Zaini dituduh cuba mendapatkan kepuasan seksual daripada salah seorang wanita pada 6 Julai 2022 menerusi rasuah, di pejabat WSH di Mayo Street berhampiran Jalan Besar.

CPIB berkata antara 29 Jun dengan 14 Julai 2022, dia didakwa menghina dua wanita pada masa berasingan melalui mesej WhatsApp atau secara lisan di pejabat WSH.

Antara lain, Zaini dituduh membuat kenyataan yang lucah terhadap mereka.

Dia juga dikatakan telah mencabul kehormatan dua wanita dalam kejadian berasingan di pejabat WSH semasa merakamkan kenyataan mereka pada 29 Mac dan 6 Julai 2022.

Kesnya telah ditangguhkan hingga 10 Januari 2024.

Pada 20 Disember, Zaini bertanya sama ada identitinya juga boleh dilindungi di bawah perintah larangan, sambil menambah bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang masih bersekolah.

Hakim Daerah Cik Brenda Tan menolak permintaannya dan menegaskan bahawa perintah larangan bertujuan untuk melindungi mangsa.

Untuk kesalahan rasuah, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $100,000.

Bagi setiap pencabulan, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, dirotan atau sebarang gabungan hukuman sedemikian.

Zaini tidak boleh dirotan kerana usianya melebihi 50 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >