Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Benarkan 5 lelaki rogol isteri: Rayuan suami bagi hukuman penjara, rotan ditolak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Benarkan 5 lelaki rogol isteri: Rayuan suami bagi hukuman penjara, rotan ditolak

Jan 17, 2024 | 07:00 PM



Ketua Hakim Negara menolak rayuan seorang lelaki agar diringankan hukuman ke atasnya setelah dijatuhi hukuman penjara 29 tahun dan dirotan 24 kali kerana mengundang lelaki lain untuk merogol isterinya sambil beliau tonton, kerana hukuman itu adalah “ringan”.

Pada Mei 2023, bapa empat anak berusia 42 tahun itu membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi di mana dia telah menjemput lima lelaki ke rumahnya antara 2010 dan 2018 untuk merogol isterinya.

Dia telah memberi ubat pelali kepada isterinya sebelum menyaksikan lelaki yang dijemput merogol isterinya – seringkali tanpa perlindungan – di dalam bilik tidurnya manakala anak mereka tidur di bilik lain.

Dia juga telah merogol isteri dua lelaki yang dijemputnya. 

Pada 17 Januari, lelaki itu, yang mewakili diri sendiri, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dia merayu kerana cintanya kepada isteri, anak-anak dan ibu bapa yang semakin tua, dan dia tidak boleh meninggalkan orang yang tersayang untuk “menjaga diri mereka sendiri” .

Dia juga tidak menafikan bahawa dia telah melakukan kesalahan, tetapi meminta agar diringankan hukuman.

“Hukuman yang dikenakan telah menjejas kehidupan saya,” katanya. “Jiwa saya telah mati, yang tinggal hanyalah kekosongan.”

Dia juga menyerahkan surat daripada ibu dan ahli keluarga lain merayu agar hukumannya diringankan.

Dalam surat tersebut, ibunya berkata dia seorang anak yang banyak berbakti, yang tidak mengabaikan ibu bapa walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk keluarganya.

Ibunya juga menggambarkan bagaimana beliau pernah melihat anaknya itu memesan hanya sayur-sayuran dan telur kukus di kedai kopi.

Namun begitu, mahkamah tertinggi tiga hakim itu berkata ia tidak fikir hukuman itu salah.

“Saya rasa, hakim telah memberi hukuman yang ringan,” kata Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon.

Beliau memberitahu lelaki itu: “Saya tahu anda berasa hampa, anda menyalahkan diri sendiri... Anda perlu hadapi apa yang anda lakukan, dan anda perlu mencari jawapan untuk itu, tetapi ia bukanlah anda mencuba untuk mencadangkan bahawa mahkamah perlu bersikap belas kasihan kepada anda.” 

Lelaki tersebut merupakan salah seorang daripada tujuh yang dihadapkan ke mahkamah dalam kes yang belum pernah berlaku sebelum ini di mana para suami bersubahat dengan lelaki lain supaya pasangan mereka sendiri diberikan dadah sebelum dirogol.

Jenayah itu terbongkar selepas isteri lelaki itu menemui imej lucah dirinya pada telefon bimbit suaminya pada 1 Januari  2020, dan mendapati suaminya dan seorang lelaki lain telah “bertukar isteri”.

Ramai di kalangan lelaki ini mengenali satu sama lain menerusi forum dalam talian SammyBoy dan platform lain di mana mereka akan berkongsi fantasi tentang bertukar pasangan.


Empat daripada lima lelaki ini mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing dan telah dijatuhkan hukuman penjara antara 13.5 dan 22 tahun. Tiga daripada mereka juga masing-masing dijatuhi hukuman 20 sebatan rotan.


Lelaki kelima didapati bersalah pada November 2023 berikutan perbicaraan, dan sedang menunggu hukuman.


Seorang daripada lima lelaki ini menjemput lelaki ketujuh untuk merogol isterinya, tetapi percubaan itu tidak berjaya.


Lelaki ketujuh itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >