Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Berhati-hati di lautan semasa musim tengkujuh timur laut: MPA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berhati-hati di lautan semasa musim tengkujuh timur laut: MPA

Dec 15, 2023 | 06:29 PM



Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila membuat perjalanan atau menyertai kegiatan rekreasi di lautan semasa musim tengkujuh timur laut, yang bermula pada separuh pertama Disember sehingga awal Mac 2024.

Monsun membawa hujan sederhana hingga lebat, dengan angin kencang, laut bergelora dan ombak besar yang boleh meningkatkan risiko kepada kegiatan di lautan.

Dalam keadaan cuaca buruk sedemikian, jarak penglihatan di laut turut merosot.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan pada 15 Disember menasihatkan penumpang yang menaiki feri dan kapal agar mengamalkan tabiat keselamatan yang baik seperti mengguna susur tangan ketika menaiki feri dan kapal, dan kekal duduk sepanjang pelayaran.

Mereka juga harus memakai jaket keselamatan semasa naik dan turun kapal, serta berhati-hati ketika turun dari kapal ke tangga turun, lapor The Straits Times (ST).


Bagi mereka yang menyertai kegiatan rekreasi di lautan seperti berkanu, berkayak, belayar dan meluncur angin, mereka harus memakai alat pengapungan peribadi sesuai yang berfungsi dengan baik.

Mereka juga harus melihat ramalan cuaca terlebih dahulu.

Jika mereka memutuskan ingin meneruskan kegiatan di lautan, mereka harus patuh garis panduan keselamatan, mengetahui protokol kecemasan dan mempunyai peralatan keselamatan yang sesuai.

Bagi pengguna pelabuhan, MPA mengingatkan semua pemilik, operator, nakhoda kapal dan kru kapal bahawa kapal dan kargo mereka mestilah mempunyai peralatan keselamatan yang betul untuk pelayaran laut.

Peralatan memadam api dan menyelamat nyawa di kapal juga mesti berfungsi dengan baik, mengikut peraturan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut (Solas).

Dalam tempoh tengkujuh kini, MPA juga akan menjalankan lebih banyak pemeriksaan mengejut ke atas feri, kapal pelabuhan dan kapal peranginan untuk memeriksa keadaan kapal secara keseluruhan.

Pemeriksaan itu juga bertujuan menilai pengetahuan pengendali mengenai prosedur kecemasan, serta memeriksa keadaan peralatan memadam api dan menyelamat di atas kapal.

Ketua pelabuhan MPA, Kapten Chong Jia Chyuan, berkata: “Keselamatan di laut adalah usaha bersama. Orang ramai dan komuniti kapal peranginan yang menyertai kegiatan rekreasi di laut mesti mengutamakan keselamatan diri dan mempunyai peralatan keselamatan, latihan dan pemahaman prosedur keselamatan yang betul semasa menjalankan kegiatan tersebut.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >