Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cendekiawan Hadijah Rahmat disenarai dalam Dewan Termasyhur Wanita S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cendekiawan Hadijah Rahmat disenarai dalam Dewan Termasyhur Wanita S’pura

Mar 08, 2024 | 06:31 PM



Pendidik dan tokoh bahasa dan budaya Melayu, Profesor Madya Emeritus Hadijah Rahmat, merupakan antara 10 wanita yang disenaraikan dalam Dewan Termasyhur Wanita Singapura, atau Singapore Women’s Hall of Fame (SWHF), pada 2024.


SWHF, yang dilancarkan Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) pada 2014, mengiktiraf dan meraikan pencapaian serta sumbangan wanita Singapura paling cemerlang dan merakamkan kisah mereka supaya ia dapat memberi inspirasi kepada orang ramai, terutama anak remaja.

Sembilan wanita lain yang disertakan dalam dewan termasyhur itu pada 2024 ialah:

Atlet dan ratu pecut Singapura, Shanti Pereira; penerbit televisyen pendidikan perintis dan penyiar berita, Cik Tan See Lai; penulis humor perintis dan ‘Nenek kepada Singlish’, Cik Sylvia Toh Paik Choo; Pelopor dalam industri kreatif Asia, Cik Linda Locke; Penyokong perintis penuaan yang berjaya, Cik Mary Ann Tsao; Pejuang alam sekitar, Cik Kirtida Mekani; Atlet dan pengumpul dana amal, Cik Grace Young-Diao; Pendaki gunung dan atlet daya ketahanan, Sim Phei Sunn dan Vincere Zeng.

Dengan penyertaan 10 nama itu, kini terdapat 192 wanita yang disenaraikan dalam SWHF.

Setiap wanita itu, ataupun wakil mereka, diberikan trofi yang digelar Obor, atau The Flame, oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam di majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa SCWO dan Majlis Induksi SWHF Ke-10 di The Fullerton Hotel pada 8 Mac.

Majlis turut dihadiri isteri Tuan Presiden, Puan Jane Ittogi, yang merupakan penaung SCWO.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Profesor Madya Emeritus Hadijah berkata beliau amat bersyukur sumbangan beliau selama ini dihargai dan diberi pengiktirafan.


“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada pihak yang mencalonkan dan memilih saya dan semua yang telah membantu saya sepanjang pendidikan dan perjalanan hidup saya – keluarga saya, para guru, individu dan institusi masyarakat serta negara. Motivasi dan inspirasi mereka yang membentuk saya sehingga kini,” kata beliau.

Tambah Profesor Madya Emeritus Hadijah, beliau terharu bidang pengajian Melayu, persuratan dan pendidikan diberi pengiktirafan pada 2024.

Beliau, yang dilantik sebagai Profesor Madya Emeritus oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada September 2023, merupakan mantan ketua Kumpulan Akademik Bahasa & Budaya Asia (ALC AG) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian (BH) pada 2022.

Beliau juga penggerak di sebalik pengenalan program ijazah sarjana muda pertama dalam bahasa Melayu di NIE pada 2000.

Di NIE, salah satu matlamat utama beliau adalah mengubah cara bahasa ibunda diajar, dengan beliau, antara lain, memperkenalkan kursus berbilang budaya untuk guru yang mengajar bahasa ibunda.

Kursus tersebut mengajar guru bahasa Cina tentang sastera dan bahasa Melayu. Guru bahasa Tamil pula berpeluang belajar tentang cerita rakyat Melayu dan budaya Cina.

Ketika menerajui ALC AG, Profesor Madya Emeritus Hadijah juga mengusahakan pelbagai program silang budaya untuk memupuk sikap kesaksamaan dan perpaduan yang lebih kukuh.

“Saya harap kisah perjalanan saya ini akan menggalakkan lebih ramai berminat untuk menggali sejarah warisan bangsa dan budaya Melayu, meningkatkan penguasaan bahasa dan persuratan Melayu, kukuh jati dirinya, lebih sayang dan bangga menjadi orang Melayu di Singapura yang kaya dengan sejarah dan tamadunnya,” kata beliau.

Presiden SCWO, Cik Junie Foo, ketika berucap di majlis itu berkata meskipun isu ketidaksamaan antara kaum Adam dengan kaum Hawa di Singapura telah mengecil dengan ketara, masih terdapat jurang yang perlu ditangani.


Untuk merapatkan jurang tersebut, beliau berkata orang ramai perlu mengenali sebab-sebab struktur atau sistemik bagi ketidaksamaan, dan kemudian menghapuskan halangan yang boleh menghindari wanita daripada menjalani kehidupan yang diinginkan dan mencapai potensi penuh mereka.


“Mengubah dasar hanya satu bahagian dalam proses; satu lagi yang harus dilakukan ialah mengubah pemikiran. Dan di sinilah SWHF memainkan peranan penting.


“Kami menunjukkan bahawa wanita berkebolehan seperti lelaki untuk mengecapi pencapaian yang menakjubkan dan membuat sumbangan besar kepada masyarakat.


“Kami sangat ingin berkongsi kisah wanita dalam Dewan Termasyhur kepada anak-anak muda kerana masa depan akan dibentuk mereka, dan kami mahu mereka membentuk sebuah masyarakat yang adil dan saksama,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >