Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Curiga pasangan curang? Lebih ramai guna khidmat penyiasat peribadi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Curiga pasangan curang? Lebih ramai guna khidmat penyiasat peribadi

Kebanyakan libatkan kes curang antara pasangan sudah berkahwin yang kian
meningkat pasca-Covid
Jan 27, 2024 | 05:30 AM



Jumlah pelanggan Melayu yang menggunakan khidmat penyiasat peribadi (PI) bagi membongkar kes curang antara pasangan yang sudah berkahwin dikatakan meningkat pasca-Covid.

Beberapa PI yang dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini berkongsi bahawa rata-rata, permintaan bagi khidmat sedemikian dipacu perasaan syak berlakunya kecurangan dalam perkahwinan, baik di pihak lelaki mahupun wanita.


Pengamatan sedemikian mencerminkan dapatan Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan (DoS) pada Julai 2023.

Laporan tahunan itu mendedahkan bahawa kecurangan atau hubungan luar nikah adalah sebab utama perceraian dalam kalangan masyarakat Islam di sini, sepertimana yang didakwa plaintif lelaki dan wanita.

Pengarah operasi dan PI berlesen bagi International Investigators Pte Ltd, Encik Mohamad Haja Mohamed Nasar, menjelaskan bahawa beliau melihat kadar siasatan melibatkan kes perkahwinan yang dikendalikannya melonjak sekitar 90 peratus pasca-Covid – berbanding sekitar 70 peratus sebelum pandemik.

Menurut laman syarikat itu, ia turut mengendalikan kes komersial dan kes berkenaan hak penjagaan anak, antara lain.

Encik Haja, yang telah berkhidmat sebagai PI selama lebih 10 tahun, berkata: “Sekitar 20 peratus kes perkahwinan (pra-Covid) melibatkan pelanggan Melayu tetapi selepas Covid, pelanggan Melayu yang melanggani perkhidmatan kami (bagi kes sedemikian) meningkat kepada sekitar 40 peratus.

“Ada pelanggan yang menghubungi kami kerana pasti pasangan mereka curang. Ada juga yang syak pasangan mereka curang tetapi apabila disiasat, tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Tetapi apabila kami membongkar dan mengesahkan ada berlaku kecurangan, kami perlu berhati-hati apabila mengendalikan pelanggan sedemikian.”

Hal serupa juga dikongsi salah seorang bekas PI yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, sebahagian besar kes yang dikendalikan beliau sebelum ini adalah bersangkutan kes curang antara pasangan yang telah berkahwin.

Beliau, yang telah menjalankan kegiatan sedemikian selama lebih 20 tahun, berkata daripada pengamatannya, terdapat peningkatan pada jumlah pelanggan yang melanggani khidmatnya tahun demi tahun tetapi tidak dapat memberi anggaran yang tepat.

Penyiasat itu menambah, pelanggannya, yang hampir semua Melayu, akan mendapatkan khidmatnya apabila mula berasa curiga terhadap pasangan mereka.

“Sebahagian besar pelanggan yang melanggani khidmat saya adalah kaum Hawa dan semuanya bermula dengan rasa curiga (terhadap pasangan masing-masing).

“Usia (pelanggan sedemikian) adalah antara lewat 20-an dengan 60-an,” katanya.

Dalam pada itu, menukil laman rasmi pihak polis, PI hanya boleh mengendali atau mengambil kes pelanggan sekiranya mereka mempunyai Lesen Penyiasat Peribadi yang diberikan pihak berkuasa.

Mengikut Akta Industri Keselamatan Swasta (PSIA), Perkara 9, individu tidak boleh menjadi PI tanpa lesen tersebut.

Sekiranya perkhidmatan diperolehi daripada agensi siasatan swasta, agensi tersebut perlu mendapatkan dokumen pengenalan – seperti pasport atau kad pengenalan – daripada pelanggan, sejajar dengan Perkara Ke-10 (1b) PSIA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >