Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Datuk, nenek dirai dalam acara iftar istimewa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

 MASJID AR-RAUDHAH

Datuk, nenek dirai dalam acara iftar istimewa

Daya usaha oleh prasekolah Masjid Ar-Raudhah demi jaga nilai murni
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



I love you Atuk. I love you Nenek.” ... inilah kata-kata yang sering kita dengar disuarakan oleh kanak-kanak kepada datuk, nenek mereka yang menghantar atau menjemput mereka di prasekolah setiap hari.


Ia satu penghargaan yang tidak ternilai besarnya dan yang membuat hati datuk, nenek gembira.

Pada Jumaat, 15 Mac lalu, Masjid Ar-Raudhah bergabung dengan syarikat Polar Puff & Cakes untuk menganjurkan acara menghargai datuk dan nenek di samping mengadakan iftar bersama mereka.


Syarikat Polar Puff & Cakes telah menyediakan kek tapak kuda kesukaan ramai untuk santapan berbuka puasa dan kuih Raya untuk mereka yang hadir. Seramai 10 kakitangan berbangsa Melayu dan Cina daripada syarikat pembuat kek dan paf itu hadir untuk membantu menyediakan hidangan iftar dan sama-sama mengatur acaranya.

Daya usaha mengadakan acara iftar itu diajukan oleh prasekolah masjid, Ar-Raudhah Mosque Kindergarten, yang turut mengaturkan satu program istimewa diberi nama ‘Senja Ceria Bersama Datuk & Nenek’.

Pengetua prasekolah itu, Cik Ruqaiyah Sapuan, berkata:

‘‘Acara iftar itu membawa makna yang penting kerana keluarga yang hadir itu berkumpul, bukan sahaja sebagai anggota sebuah prasekolah, malah sebagai satu keluarga besar, dengan tumpuan diberikan kepada golongan datuk dan nenek.’’

Beberapa kegiatan yang dimuatkan dalam acara itu termasuk permainan mini untuk kanak-kanak, sesi tazkirah dan urut oleh cucu sambil menjawab teka-teki. Datuk nenek juga telah diberikan hadiah kraf tangan yang amat bermakna yang dibuat bersama cucu mereka pada ketika itu.

Cik Ruqaiyah menambah:

‘‘Apabila matahari terbenam dan panggilan azan bergema di udara, keluarga yang hadir berkumpul untuk berbuka puasa dengan semangat kesyukuran dan penghargaan dengan hikmah dan kasih sayang yang telah dibawa oleh datuk nenek mereka ke dalam hidup mereka.

‘‘Dalam suasana yang membina ini, komuniti prasekolah kita berkembang, diperkuat oleh ikatan antara generasi. Acara iftar menjadi lebih daripada sekadar satu hidangan. Ia adalah suatu bukti kepada nilai-nilai keluarga, menghormati dan mensyukuri, yang kita junjung tinggi.’’

Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohammad, pula mengucapkan terima kasih kepada Polar Puff & Cakes yang telah menyumbang kuih, kek dan baucar kepada masjid untuk acara tersebut. ‘‘Moga melalui acara itu, Masjid Ar-Raudhah dapat menebarkan rahmahnya kepada masyarakat lain di sekelilingnya,’’ katanya.

Sesiapa yang berminat mengikuti pendidikan prasekolah menyeluruh di tadika masjid, pendaftaran untuk tahun 2025 dibuka sekarang. Sila ke halaman Facebook Ar-Raudhah di:

* http://www.facebook.com/ARRKindy/

atau lawati pautan ini:

* https://tinyurl.com/ArRaudhah2025Enrolment

Untuk mendaftar di mana-mana 15 tadika masjid atau MBK (Mosque Based Kindergartens) di seluruh Singapura, pergi ke pautan ini:

* https://linktr.ee/2025MBKEnrolmentPhase1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >