Dua lelaki warga Singapura ditahan dalam operasi penguatkuasaan berasingan pada 5 Mac kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah.
Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih $366,700 di pasaran gelap.
Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan pada 7 Mac bahawa dadah yang dirampas itu boleh memenuhi ketagihan untuk sekitar 1,380 penagih selama seminggu, lapor The Straits Times.
Dalam operasi pertama pada tengah hari 5 Mac, anggota dan pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah unit perumahan di Yishun Street 44.
Mereka menemui 975 gram heroin, 195g Ice, 104g ganja, 10 tablet Erimin-5, dan dua botol metadon, yang kesemuanya bernilai sekitar $167,000.
Pada hari yang sama, operasi kedua dijalankan di Fernvale Street, di mana seorang lelaki berusia 29 tahun ditangkap.
Dalam biliknya, pegawai menemui 5,547g ganja dan wang tunai berjumlah $14,850. Ganja tersebut dianggarkan bernilai sekitar $199,700.
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu
Setelah sekian lama menyepi, Hafiz Suip, muncul sekali lagi dengan balada terbarunya, Terus Bersinar, yang kembali meletakkan namanya di bibir peminat.
Mungkin ramai yang mentafsirkan lirik lagu itu
Sejujurnya, penulis jarang sekali mendengar lagu genre hip-hop, tidak kira dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.
Tapi, meremang pula apabila mendengar korus lagu, Perlu, sajian terbaru daripada Luca

Jika didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah, kedua-dua lelaki itu boleh dijatuhi hukuman berat, termasuk hukuman mati, disebabkan jumlah besar dadah terkawal yang dirampas dalam kes itu.
Siasatan terhadap kegiatan dadah kedua-dua suspek itu masih dijalankan.
“Kedua-dua operasi ini berjaya merampas sejumlah besar dadah yang boleh diedarkan di jalanan, memenuhi ketagihan bagi bilangan besar penagih, dan memikat penagih baru yang terjerat dalam lingkaran penyalahgunaan dadah,” kata pengarah divisyen risikan CNB, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aaron Tang.
Sebelum ini, CNB melahirkan kebimbangan mengenai trend meningkat melibatkan pesalah dadah yang kini bermula pada usia lebih muda.
Pada 2023, bilangan penagih dadah wanita muda yang ditahan meningkat dengan ketara, menunjukkan perubahan demografi yang membimbangkan, dan menekankan pentingnya sikap waspada dan usaha penguatkuasaan untuk membendung trend tersebut.