Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Elmie Nekmat dilantik antara penasihat baru GRO Sengkang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elmie Nekmat dilantik antara penasihat baru GRO Sengkang

Dec 29, 2023 | 06:58 PM



Pengerusi cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Sengkang Central, Profesor Madya Elmie Nekmat, akan berkhidmat sebagai penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Sengkang Central, mulai 1 Januari.

Beliau merupakan antara dua penasihat baru kepada GRO Sengkang yang dilantik Persatuan Rakyat (PA).

Cik Theodora Lai, yang merupakan pengerusi cawangan Sengkang North pula kini ditugaskan menjadi penasihat GRO kawasan itu.

Mereka menyertai Dr Lam Pin Min dan Encik Goh Yeow Tin, yang masing-masing akan terus menjadi penasihat kepada GRO Sengkang West dan GRO Sengkang East.

Dr Elmie telah berkhidmat bersama penasihat akar umbi dan rakan masyarakat di kawasan itu sejak dilantik sebagai pengerusi cawangan lebih dua tahun lalu.

Dalam respons beliau kepada Berita Harian (BH), ahli akademik Universiti Nasional Singapura (NUS) itu berkata beliau benar-benar berasa teruja kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk memikul peranan dan tanggungjawab barunya.


“Sengkang Central adalah sebuah masyarakat yang pelbagai dan bersemangat.

“Sejak dua tahun lalu, saya berpeluang berkhidmat bersama pemimpin dan penggiat akar umbi Sengkang Central dan mengenali ramai penduduk dari pelbagai latar belakang mengenai keprihatinan, minat serta aspirasi mereka.

“Saya berharap dapat memperkukuhkan lagi semangat kemasyarakatan ini dengan menyatukan penduduk dan berkhidmat dengan sebaik mungkin.

“Saya juga berharap dapat menyumbang ke arah misi PA untuk mengukuhkan keharmonian kaum dan agama serta membina masyarakat penyayang dan Singapura yang bersatu,” katanya.

Dr Elmie, 41 tahun, yang menjadi aktivis parti PAP sejak 2016, termasuk bersama PAP Muda dan Biro Hal Ehwal Melayu (MAB), berharap dapat membina kerja baik penasihat akar umbi terdahulu dan membimbing GRO itu dalam membina masyarakat yang lebih utuh di Sengkang Central.

Beliau berkata: “Saya berharap dapat meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Encik Koh Juay Meng dan menyumbang ke arah memupuk masyarakat yang lebih berdaya tahan dan menjadikan Sengkang tempat tinggal yang lebih bertenaga untuk semua.” 

Dalam hantaran di Facebook pada 28 Disember, Cik Lai turut melahirkan penghargaan atas peluang menyandang jawatan penasihat akar umbi dan beliau juga berharap dapat mengikut jejak langkah penasihat akar umbi sebelumnya, Dr Tan Kia King.

“Saya berterima kasih atas peluang dan berharap saya dapat mengikuti jejak Dr Tan Kia King dalam menjadi seorang yang empati, menghormati dan bijak untuk masyarakat. Saya tidak sabar untuk bertemu anda pada 2024!,” tulisnya.

Cik Lai, 37 tahun, merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan di Tembusu Partners dan telah menjadi aktivis parti sejak 2009, termasuk sebagai pengerusi Forum Dasar PAP dari 2019 hingga 2020.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook beliau, Dr Lam berkata penasihat akar umbi berfungsi sebagai penghubung penting antara penduduk dengan pemerintah Singapura.

Mereka juga bertindak sebagai penasihat yang dipercayai kepada pemimpin masyarakat dan GRO dalam pelbagai bidang seperti menerangkan dasar pemerintah selain menganjurkan program masyarakat untuk penduduk.

Dr Lam, yang merupakan mantan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan dan Kesihatan), menambah beliau berharap Dr Elmie dan Cik Lai dapat meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Dr Tan dan Encik Koh.

“Kedua-dua Cik Theodora dan Dr Elmie telah menjalankan tugas sebagai pemimpin akar umbi, berhubung dengan penduduk sejak beberapa tahun lalu dan telah menjalin hubungan kerja yang baik dengan rakan pemimpin akar umbi dan rakan kongsi masyarakat mereka.

“Saya mengalu-alukan sumbangan mereka dalam memupuk masyarakat yang cergas dan berdaya tahan di GRC Sengkang!,” tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >