Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Enam agensi silap kenakan bayaran GST

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam agensi silap kenakan bayaran GST

Feb 14, 2024 | 04:43 PM



Sekitar sejuta transaksi merentasi enam agensi pemerintah telah dikenakan bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara salah sejak lima tahun lalu.

Walaupun GST harus dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pemerintah seperti bayaran untuk penggunaan kemudahan sukan awam atau bayaran sewa gerai penjaja, GST tidak sepatutnya dikenakan ke atas perkhidmatan yang bersifat kawal selia, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 14 Februari.

Dari 2019 hingga 2023, 18 jenis bayaran kawal selia telah disalah anggap sebagai bayaran pemprosesan oleh Majlis Agensi Hartanah (CEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Pejabat Penjaga Awam (OPG) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Untuk membetulkan kesilapan itu, agensi-agensi akan menghubungi pembayar cukai terjejas dan mengembalikan bayaran dengan faedah GST yang telah dibayar berdasarkan rekod yang tersedia mulai Mac 2024.

Senarai transaksi yang terjejas adalah seperti berikut:

Majlis Agensi Hartanah (CEA)


  • Bayaran permohonan untuk lesen Ejen Hartanah (EA).
  • Bayaran permohonan untuk pendaftaran Jurujual Hartanah (RES).

Lembaga Perumahan & Pembangunan (HDB)


  • Bayaran pentadbiran untuk menyewa flat atau bilik HDB
  • Bayaran pentadbiran untuk pemerolehan wajib (CA) flat

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)


  • Bayaran Pindaan Lesen Perkhidmatan Bas Kelas 2
  • Bayaran Penukaran (daripada Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Persendirian kepada Lesen Vokasional Pemandu Teksi)
  • Bayaran Kemasukan Zon Pemprosesan Eksport (EPZ).
  • Bayaran Permohonan (Kebenaran Kenderaan Autonomi)
  • Bayaran Permohonan (Simpan kenderaan yang dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar)
  • Bayaran Permohonan (Tukar alamat garaj Kenderaan Skim Penyimpanan)
  • Bayaran Permohonan (Lesen Tujuan Khas)
  • Bayaran Permohonan (Perubahan Butiran Kenderaan Memerlukan kelulusan LTA)
  • Bayaran Permohonan dan Sambungan (Kelulusan Aksesori Kenderaan)

Pejabat Penjaga Awam (OPG)


  • Bayaran permohonan untuk pendaftaran Timbalan Profesional (PD)
  • Bayaran permohonan Surat Kuasa Berkekalan (LPA).

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA)


  • Bayaran pemprosesan bagi Permohonan Pembangunan untuk dapatkan kebenaran merancang untuk jalankan kerja-kerja pembangunan
  • Bayaran pemprosesan untuk penyerahan dokumen sebagai kebenaran jalankan kerja-kerja pembangunan

Agensi Makanan Singapura (SFA)


  • Bayaran permohonan lesen untuk mengendalikan pertubuhan pemprosesan makanan

Untuk pembayaran GST yang salah sebelum 2019, agensi-agensi terlibat akan membuat bayaran balik secara proaktif sekiranya terdapat rekod bayaran tersebut.

Pembayar cukai yang terjejas juga boleh menghubungi agensi untuk mendapatkan bayaran balik, jika mereka tidak dihubungi sebelum 30 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >