Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Faishal sertai serbuan CNB; pantau kelebihan kit ujian air liur

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal sertai serbuan CNB; pantau kelebihan kit ujian air liur

Jan 08, 2024 | 08:18 PM



Kadar pemeriksaan pengesanan penyalahgunaan dadah telah dipertingkat sejak kit ujian air liur diperkenal pada Januari 2023, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Mengulas tentang penyertaan beliau dalam satu operasi serbuan dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini, beliau berkata kit itu telah menyokong usaha mengesan dan membanteras penyalahgunaan dilaksanakan pegawai.

Beliau berkata kaedah pemeriksaan itu satu penambah baik bagi pegawai dalam melaksanakan usaha pemeriksaan secara teratur, pantas dan berkesan memandangkan ia mudah alih dan berupaya mengetengahkan hasil ujian dalam 10 minit.

Tidak seperti dahulu, menurut beliau, subjek yang diperiksa bagi penyalahgunaan dadah tidak lagi perlu dibawa ke balai polis bagi pemeriksaan lanjut seperti melakukan ujian air kencing.

Mereka akan meraih keputusan di tempat kejadian.







“Pelanggan yang saya temui semasa operasi itu cukup memberi kerjasama,” kata Dr Faishal, yang menyertai serbuan itu bagi memantau keberkesanan kit berkenaan.

“Mereka juga faham usaha ini penting bagi kami menikmati hiburan yang menarik tetapi juga bersih (daripada dadah),” tambahnya.

Dr Faishal pertama kali mengumumkan kit ujian berkenaan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan pada Februari 2023.

Langkah itu diambil sedang pengambilan dadah di seluruh dunia kian meningkat, termasuk Thailand yang menjadi negara pertama di Asia membenarkan pengambilan ganja pada 2022.

Kit itu telah digunakan di pusat pemeriksaan imigresen dan operasi sekat jalan raya.

Dr Faishal berkata, selain manfaat kit itu sebagai kaedah mudah alih dan pantas, ia juga berupaya mengurangkan gangguan dialami pelanggan dan pihak pengurusan tempat hiburan awam seperti KTV semasa CNB menjalankan operasi.

“Mujur, kami mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan kemudahan seperti ini dan tempat hiburan malam,” tambahnya.

“Ini caranya kami bekerjasama dengan masyarakat setempat sejagat kerana kami mahu orang ramai mengelak diri daripada dadah dan mengamalkan gaya hidup positif,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Dr Faishal berkata Singapura tetap bersikap tegas terhadap penyalahgunaan dan penyeludupan dadah.

“Kami mahu orang ramai rasa tidak khuatir dan risau terhadap bahayanya dadah.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mengambil dan menyalahgunakan dadah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >