Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Filem pendek BH, ‘Pesan Mama’, cecah 100,000 tontonan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Filem pendek BH, ‘Pesan Mama’, cecah 100,000 tontonan

Apr 08, 2024 | 06:12 PM



Filem pendek akhbar Berita Harian (BH), Pesan Mama, yang dihasilkan sebagai antara kandungan yang disajikan akhbar ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, mendapat sambutan hangat kurang seminggu ia dilancarkan pada 3 April.


Filem itu, yang menyerlahkan semangat daya tahan dan nilai-nilai kekeluargaan, telah mencecah 100,000 tontonan di wadah digital BH, termasuk laman BH.sg, akaun Facebook, Instagram, TikTok, serta saluran YouTube Berita Harian Singapura.

Filem itu adalah hasil karya tulisan Penolong Editor Berita (Media Sosial), Cik Ervina Mohd Jamil, dan Wartawan Video, Encik Abdul Qayyum Sarip. Ia diarahkan oleh Encik Shaiful Reezal daripada firma penerbitan setempat, Echo Entertainment.

Para pelakon filem tersebut termasuk Fadhlur Rahman, Huda Ali, Hanie Bella dan Khal Satria.

Teruja dengan sambutan baik yang diterima daripada penonton, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata:

“Saya berharap mesej daripada filem ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat sempena Lebaran yang bakal menjelma. Sambutan positif ini sudah tentu memberi kami semangat dan dorongan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan membina untuk masyarakat pada masa akan datang.”

Ini merupakan kali pertama BH menerbitkan filem pendek sempena Aidilfitri.

Cik Ervina menambah: “Dengan ramai yang telah menonton filem pendek ini dalam kurang seminggu sejak ia disiarkan di laman web beritaharian.sg dan wadah media sosial BH, diharapkan filem ini dapat sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada penonton dan mengambil iktibar daripada sikap tabah yang dipamerkan watak utama dalam filem ini, Kahar, dan dua anaknya, untuk mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang mereka hadapi sekarang atau bakal hadapi.”

Pesan Mama mengetengahkan perjalanan hidup pasangan suami isteri, Kahar dan Kasih, serta anak-anak mereka, Khairina dan Khairi.


Sedang Kahar cuba berdepan dengan keadaannya yang diberhentikan kerja sebagai pengurus logistik dan kesukaran mendapatkan pekerjaan baru dalam sektor yang sama, keluarga itu mendapati diri mereka berada di persimpangan.

Filem tersebut memaparkan ketabahan dan semangat daya tahan keluarga tersebut, yang saling memberi sokongan dengan kata-kata Kasih sebagai pembakar semangat bagi mengatasi cabaran yang melanda.

Selain filem pendek, BH telah melancarkan lagu dan klip video muzik berjudul Rindu Kasih bagi mengiringi filem tersebut. Lagu itu ditulis dan dinyanyikan oleh penulis dan penyanyi mapan setempat, Didicazli Ismail, dan digubah oleh Ann Hussein.


Antara pendengar yang menerima baik lagu itu ialah Timbalan Mufti, Singapura, Ustaz Dr Muhammad Hannan Hassan.

Dalam satu posnya di Instagram pada 7 April, beliau menujukan lagu tersebut kepada isterinya, sambil menulis: “Komitmen, pengorbanan dan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi telah menjadi asas kepada keluarga dan komuniti kita. Berdiri di sisi saya dalam masa yang paling sukar, kekuatan dan rahmatnya membimbing kami melalui cabaran ini.

“Bersyukur selamanya. Tonggak kekuatanku, cahayaku dan segalanya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >