Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Geran STB untuk konsert Taylor Swift; faedah besar kepada ekonomi S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran STB untuk konsert Taylor Swift; faedah besar kepada ekonomi S’pura

Feb 20, 2024 | 06:03 PM



Konsert Taylor Swift yang bakal berlangsung di Singapura dijangka memberi manfaat besar kepada ekonomi Singapura.

Disebabkan itu, ia mendapat sokongan daripada pihak penguasa dalam bentuk geran.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), dalam satu kenyataan bersama, berkata sektor pelancongan seperti hospitaliti, peruncitan, pelancongan serta makanan dan minuman (F&B) mungkin mendapat manfaat daripada acara tersebut, sama seperti di bandar lain di mana konsert superstar itu pernah diadakan.


Lebih daripada 300,000 tiket telah dijual untuk konsert berkenaan, dengan sebilangan besar peminatnya dari negara lain dijangka akan tiba di sini, kata kenyataan itu.

Ia menambah: “Singapura mempunyai banyak tawaran sebagai destinasi untuk acara antarabangsa berskala besar dengan lokasi strategik kami, prasarana bermutu, keselamatan, kecekapan dan penawaran budaya yang pelbagai.

“Kallang Alive Sport Management (KASM) akan terus giat membawa pelbagai gaya hidup dan tawaran hiburan ke Hab Sukan.”

Pada 16 Februari, Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, mendakwa beliau dimaklumkan oleh penganjur konsert Anschutz Entertainment Group bahawa pemerintah Singapura menawarkan subsidi sehingga AS$3 juta ($4 juta) untuk setiap konsert – sebagai perjanjian bersama Swift yang bersetuju tidak membuat persembahan di tempat lain di Asia Tenggara semasa Jelajah Eras.

Beberapa media asing termasuk Bangkok Post melaporkan kenyataan yang dibuat Encik Srettha itu semasa Forum iBusiness 2024 di ibu negara Thailand, Bangkok.


Penyanyi Amerika itu, yang baru sahaja memenangi anugerah Grammy keempatnya untuk Album Terbaik, bakal mengadakan enam pertunjukan di Stadium Negara dari 2-9 Mac.

Singapura adalah satu-satunya persinggahan Swift di Asia, selain Jepun.

Kenyataan itu berkata: “Sejak pemerintah mengambil semula Hab Sukan Singapura, KASM, sebuah entiti milik penuh di bawah MCCY, telah berusaha untuk menjadikannya lebih mudah diakses dan bertenaga untuk semua rakyat Singapura.”

Ia menambah bahawa KASM bekerjasama dengan penganjur acara untuk mencipta “pengalaman unik Singapura” bagi warga Singapura dan pelawat, dan menggunakan hubungan globalnya yang kukuh, serta pengalaman dan kepakaran berbilang disiplin pasukan KASM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >