Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Hab perusahaan sosial baru Foundry, pupuk kerjasama antara badan amal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab perusahaan sosial baru Foundry, pupuk kerjasama antara badan amal

Apr 11, 2024 | 02:51 PM



Sebuah hab perusahaan sosial baru yang boleh menempatkan sehingga 24 pertubuhan bukan mencari untung dijadual dibuka pada akhir November.

Hab kolektif itu, yang dinamakan The Foundry, terletak di bangunan tiga tingkat di 11 Prinsep Link, yang sebelum ini digunakan sebagai bangunan pejabat Jabatan Pilihan Raya sehingga 2019.

Hab tersebut ditubuhkan oleh badan amal berdaftar The Majurity Trust (TMT), dengan kerjasama Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Totalisator Singapura, atau Tote Board, lapor The Straits Times (ST)


Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata di Parlimen pada 1 Mac bahawa SLA akur dengan peranan ruang dalam menggalak kebaikan sosial, dan telah menggunakan semula ruang yang ada untuk khidmat masyarakat.

Hab sosial lain di sini termasuk Temasek Shophouse, dan Common Ground Civic Centre & Consultancy.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TMT, Encik Martin Tan, berkata ia telah merintis konsep ruang kerja bersama dengan enam pertubuhan bukan mencari untung sejak tiga tahun lalu di pejabatnya di Gateway East di Beach Road.

TMT dan enam pertubuhan tersebut – Impart, KampungKakis, The Tapestry Project SG, VintageRadio.SG, Ray of Hope dan Better.sg, merancang berpindah ke The Foundry pada November.

Kesemua pertubuhan itu menangani pelbagai isu sosial seperti pengasingan sosial dalam kalangan warga emas dan kesihatan mental golongan belia.

Aras pertama di hab seluas 17,000 kaki persegi itu akan mempunyai ruang acara yang boleh memuatkan 120 penonton, sebuah studio podcast dan sebuah kafe perusahaan sosial.

Aras kedua dan ketiga akan mempunyai konsep pejabat terbuka untuk pertubuhan atau individu, dan pejabat utama bagi pertubuhan lebih besar.

Encik Tan berkata The Foundry dipajak selama lima tahun mulai April 2024. Pajakan tersebut boleh diperbaharui bagi tempoh empat tahun lagi.

TMT sedang berusaha mengumpul dana $5 juta bagi keperluan The Foundry selama tiga tahun pertama, tambahnya.

Dana tersebut akan menampung kos operasinya berjumlah $2.5 juta dan projek ubah suai premis tersebut sebanyak $2.5 juta.

Pertubuhan bukan mencari untung yang berpindah ke The Foundry perlu membayar yuran keanggotaan bermula daripada $250 sebulan bagi setiap tempat duduk, dan sekitar $2,000 sebulan bagi ruang pejabat empat orang.

Yuran tersebut sekitar 40 hingga 50 peratus lebih rendah berbanding kadar sewa pasaran, tambahnya.

Kesemua pertubuhan itu sudah pun memanfaatkan ruang kerja bersama di pejabat TMT di Beach Road dengan pelbagai cara.

Misalnya, KampungKakis mengadakan pelbagai latihan dan perbincangan sukarelawan pada hujung minggu.

Impart pula mengendalikan kelas tuisyen untuk pelajar semasa musim peperiksaan.

Encik Tan mencadangkan agar pertubuhan baru bekerjasama dan membantu satu sama lain dalam menganjurkan acara yang sering diadakan, seperti kejohanan golf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >