Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HDB bakal lancar lebih banyak flat, masa tunggu lebih singkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB bakal lancar lebih banyak flat, masa tunggu lebih singkat

Lebih 2,800 flat Masa Tunggu Lebih Singkat (SWT)
akan dilancar; siap kurang tiga tahun
Jan 08, 2024 | 05:00 AM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan lebih banyak flat pada 2024 dengan tempoh menunggu kurang dari tiga tahun untuk siap.

Lebih 2,800 flat Masa Tunggu Lebih Singkat (SWT) akan dilancarkan.

Ini sekitar 14 peratus daripada jumlah 19,600 flat baru yang dijadual akan dilancarkan merentasi tiga penjualan pada 2024. 

Menurut kenyataan HDB, bilangan flat SWT yang akan dilancarkan pada 2024 ialah hampir empat kali ganda berbanding 732 flat sedemikian yang ditawarkan pada 2023. 

HDB akan terus berusaha agar tiga daripada empat flat baru yang dijadual dilancarkan pada 2024 akan mempunyai waktu menunggu empat tahun atau kurang. 

“Pada 2023, hampir 70 peratus daripada flat mempunyai waktu menunggu empat tahun atau kurang. Ini kembali ke tahap sebelum pandemik apabila majoriti projek Bina Ikut Tempahan (BTO) mempunyai waktu menunggu tiga hingga empat tahun,” kata HDB.   

Pada 2023, HDB telah menyiapkan kira-kira 21,400 flat merentasi 23 projek – jumlah projek dan flat tertinggi yang disiapkan dalam setahun sejak enam tahun lalu.

HDB telah mengusahakan pelbagai langkah mengurangkan waktu menunggu projek tanpa menjejas mutu dan keselamatan, serta melancarkan lebih banyak projek SWT pada tahun-tahun mendatang. 

Langkah-langkah itu termasuk keutamaan tapak di mana kerja-kerja pembinaan boleh bermula lebih awal, dan membahagikan projek-projek BTO yang lebih besar kepada projek-projek lebih kecil.

Ini membolehkan pengurusan sumber yang lebih cekap oleh kontraktor bagi memendekkan tempoh projek dan mempercepatkan penyiapan projek. 

Mulai 2024, HDB akan menjalankan tiga penjualan BTO pada Februari, Jun dan Oktober dan satu Penjualan Baki Flat (SBF) dalam setahun.

Ini berlaku ekoran penstabilan kadar permohonan BTO.   

“Dengan tiga pelancaran BTO dan bukannya empat, pembeli rumah boleh menantikan bekalan perumahan yang lebih besar pada setiap pelancaran. 

“Ini akan membolehkan pembeli memilih daripada pelbagai jenis flat dan lokasi yang lebih luas dan kini akan dapat menikmati peluang lebih tinggi untuk berjaya mencari flat yang memenuhi bajet dan keperluan mereka,” kata HDB. 

Bermula penjualan Oktober 2024, HDB akan melaksanakan klasifikasi baru dan melancarkan flat di bawah kategori Standard, Plus dan Prime. 

HDB juga akan mengadakan satu SBF pada Februari 2024, seiring penjualan BTO, untuk menawarkan pembeli dengan lebih banyak pilihan perumahan. 

Pada Februari 2024, HDB akan menawarkan sekitar 4,100 flat BTO di Bedok, Queenstown, Choa Chu Kang, Hougang, Punggol dan Woodlands, dan kira-kira 1,500 flat SBF di pelbagai bandar dan estet. 

Bagi memenuhi permintaan perumahan yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, HDB telah meningkatkan bekalan flat BTO untuk menawarkan lebih 63,000 flat dalam tiga tahun lalu; 17,100 flat pada 2021, 23,200 flat pada 2022, dan 22,800 flat pada 2023. 

Dengan pelancaran 19,600 flat BTO pada 2024, HDB dijangka memenuhi sasarannya untuk menawarkan 100,000 flat dari 2021 hingga 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >