Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Humanity Matters hantar bekalan bantuan ketiga ke Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Humanity Matters hantar bekalan bantuan ketiga ke Gaza

Apr 29, 2024 | 10:12 AM



Humanity Matters telah menghantar bekalan bahan bantuan kemanusiaan ketiga seberat enam tan, bagi mangsa di Gaza pada 24 April, kata Penasihat Khas badan tidak meraih untung itu, Encik Hassan Ahmad, di balik keprihatinan masalah kekurangan makanan dan zat yang semakin teruk di wilayah ditimpa peperangan itu.

Bekalan tersebut, bernilai sekitar AS$100,000 ($136,000) mengandungi bahan makanan dan bahan keperluan kesihatan, bekalan penghidratan serta bahan pembersihan, kata Humanity Matters (HM) dalam kenyataannya pada 26 April.

Bekalan itu akan dihantar ke Aqaba, Jordan sebelum memasuki Gaza, wilayah Palestin menerusi darat dan satu rombongan HM dijadualkan berangkat ke situ pada separuh pertama Mei, bagi mengendali urusan penghantaran darat kargo itu, kata Encik Hassan menjawab pertanyaan Berita Harian.







“Kerahan pasukan bantuan ketiga HM dari Singapura itu akan membantu dalam pemeriksaan dan penghantaran kargo itu ke Gaza,” kata HM.

Sebelum ini badan amal silang agama itu telah menganjurkan sebanyak dua penghantaran bahan keperluan kemanusiaan ke Gaza; pertama bekalan perubatan seberat 9.5 tan yang dihantar pada November 2023 dan kedua, bekalan bahan makanan dan keperluan lain seberat 40 tan pada lewat Mac lalu.

Tidak seperti daya usaha pembungkusan bekalan terdahulu yang melibatkan orang umum, pembungkusan bekalan kali ini dilaksanakan anggota HM serta kerjasama dengan rakan-rakan sektor swasta.







Pada 24 April, seorang pengarah daripada cabang bantuan makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WFP), menyatakan kepada media asing bahawa Gaza “semakin hari semakin dekat menghadapi situasi kekurangan”.

Pengarah negara WFP bagi Geneva itu, Encik Gian Caro Cirri berkata:

“Terdapat cukup bukti bahawa ketiga-tiga garis batas kekurangan bagi makanan, zat dan kemanusiaan, bakal berlaku dalam tempoh enam minggu mendatang.”

Dalam pada itu, Humanity Matters turut sedang menjalankan usaha pengumpulan dana bagi menawarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di Gaza, yang berlangsung hingga 30 April.







Orang ramai yang ingin menderma bagi menyokong usaha ini boleh berbuat demikian menerusi cara berikut:

– PayNow ke nombor UEN: 201920766R

– Pemindahan wang ke akaun DBS 0279083727

– Hantar cek berpalang kepada Humanity Matters Limited dengan alamat: 51 Lorong 17 Geylang, Superior Industrial Building, #02-01, S388571




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >