Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ibu tunggal kurang upaya kejar impian jadi guru Al-Quran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tunggal kurang upaya kejar impian jadi guru Al-Quran

Mar 22, 2024 | 05:31 AM



Beliau tidak pernah berputus asa! Itulah pendirian Cik Rahimah Abdullah, ibu tunggal cacat anggota berusia 59 tahun.

Meskipun dilahirkan tanpa kaki dan tangan yang sempurna, Cik Rahimah tidak mahu kekurangan pada dirinya ini menjadi hambatan untuk mengejar cita-citanya menjadi guru Al-Quran bertauliah.

Sejak lebih dua tahun lalu, Cik Rahimah telah mengikuti pembelajaran Al-Quran secara percuma di Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq). Selain itu, beliau turut menerima sumbangan tahunan daripada badan Islam tersebut.

Cik Rahimah yang juga anggota Kumpulan orang Cacat Muslim Singapura (KCMS), mengikuti pembelajaran Al-Quran kendalian Pergeraq secara fizikal dan dalam talian.

Baginya, memperhalusi bacaan dengan betul serta memahami makna dalam Al-Quran adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

“Sekitar akhir 2021, saya mula mengikuti pengajian Al-Quran tanpa bayaran daripada Pergeraq sehinggalah hari ini.

“Bagi saya, kelas Al-Quran ini memang sungguh bermakna. Bermula dari detik itu, saya mula tanamkan niat mahu menjadi pembimbing atau guru mengaji Al-Quran yang bertauliah, seperti guru-guru Al-Quran yang lain.

“Biarpun mempunyai kekurangan jasmani dan menjadi warga kurang upaya, saya tetap bersyukur kerana masih boleh melihat, membaca dan menulis seperti insan lain.

“Dengan itu, saya berhasrat ingin membantu dan menyumbang kembali kepada masyarakat amnya, dengan menjadi guru Al-Quran satu hari nanti, insya-Allah,” ujar Cik Rahimah dengan tenang.

TERUJA JADI SUKARELAWAN MASJID

Cik Rahimah yang tinggal sendirian di kawasan Woodlands, turut gembira membantu dua masjid berdekatan rumahnya secara ‘ad-hoc’ dan turut mengikuti pengajian Al-Quran di sana.


Beliau berpendapat, tiada yang mustahil dalam hidup ini, asal sahaja seseorang itu rajin berusaha dan tidak berputus asa. Beliau juga berkata seseorang itu perlu yakin dan reda, kerana segala yang terjadi adalah di atas kehendak-Nya.

“Alhamdulillah, kita perlu bersangka baik dan saya reda dengan apa yang terjadi. Bagi saya, cacat anggota bukan penghalang untuk kita berjaya, dan jangan pernah putus asa.

“Apabila keadaan mengizinkan, saya cukup bahagia dan gemar meluangkan masa belajar Al-Quran dan membantu sekadar yang termampu, di dua masjid berdekatan rumah saya,” kata Cik Rahimah lagi yang turut menghidap penyakit kulit, atau selulitis, yang ekstrem.


HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp @ 9030-7057 untuk mendapatkan resit. Tulis nama anda/zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ sila tulis nama anda/zakat atau derma.

3. Untuk keterangan lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >