Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Iftar Utara 2024 beri makan 7,000 individu pelbagai agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iftar Utara 2024 beri makan 7,000 individu pelbagai agama

Mar 18, 2024 | 12:52 PM



Seramai 7,000 individu terlibat dalam acara iftar bersama pada 17 Mac lalu menjadikannya antara acara berbuka puasa terbesar di Singapura.

Mereka terdiri daripada 4,000 individu yang hadir secara fizikal dan 3,000 penduduk di sekitar kawasan Marsiling yang membawa pulang bungkusan makanan yang disediakan. 

Diadakan buat kali keenam pada 2024, Iftar Utara 2024 – Break of Fast @ Marsiling turut menyaksikan orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama berkumpul di Taman Sukan Mega Marsiling bersebelahan Kelab Masyarakat Marsiling untuk berbuka puasa bersama.

Antara perkara istimewa semasa acara yang bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ itu ialah apabila wakil daripada kumpulan agama berbeza datang bersama untuk memanjatkan doa.

Mereka termasuk Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim; Naib Pengerusi Kuil Shang Di Miao Chai Kong, Encik Toh Kim Choy; wakil daripada New Life Church, Cik Dorothy; Pengerusi Kuil Sri Siva, Encik T Suresh Kumar; dan Setiausaha Agung Kuil Hong Tho Bilw, Encik Ng Kee Chew.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, berkata:

“Kita bertuah dihadiri wakil daripada kumpulan agama yang berbeza untuk menyertai majlis ini. Kita akan bersama-sama memanjatkan doa dalam kesatuan rahmat, berfungsi sebagai ungkapan kuat keinginan kolektif untuk keamanan, keharmonian dan persefahaman.”

Encik Zaqy tidak dapat hadir bersama secara fizikal pada acara tersebut kerana berada di luar negara bagi lawatan kerja. Namun, beliau sempat mengirimkan ucapannya itu secara dalam talian melalui video.

Penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee (Woodgrove), Cik Hany Soh, yang hadir pada acara buka puasa itu pula menambah:

“Keindahan masyarakat kita terletak pada gabungan pelbagai budaya, kepercayaan dan tradisi yang bersatu walaupun terdapat perbezaan.”

Iftar Utara dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling, Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) dan Masjid An-Nur.

Selain berbuka puasa, para hadirin juga telah mendengar perkongsian asatizah daripada Masjid An-Nur dan IMSSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >