Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ikuti kursus jadi guru Al-Quran yang diktiraf

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Ikuti kursus jadi guru Al-Quran yang diktiraf

Apr 26, 2024 | 08:52 AM



Badan Islam setempat, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq), bakal mengadakan acara tamat pengajian pada Mei ini. Majlis ini bertujuan meraikan tamat pembelajaran bagi pelajar yang mengikuti program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ).

Kursus ini berlangsung selama setahun, atau tiga semester dan terbahagi kepada dua bahagian; berteraskan kemahiran dan juga ilmu pengetahuan dalam Al-Quran.

Menurut Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, program SPGQ terbuka kepada semua guru Al-Quran yang berminat meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu Al-Quran dan terus berusaha mendapatkan pengiktirafan pada peringkat nasional.

Program ini juga disasarkan kepada peserta yang berminat menjadi guru Al-Quran bertauliah, selain mendalami ilmu Al-Quran yang menekankan kepada aspek teori dan amali (aplikasi).

Program SPGQ ini menawarkan pengajian secara dalam talian dan juga pembelajaran secara fizikal.

Antara pelajar yang telah tamat pengajian SPGQ ini ialah pasangan suami isteri, Encik Muhammad Khairul Fahmy Khairuddin dan Cik Nur Fadhilah Daud, kededuanya berusia 33 tahun.

Bagi Encik Muhammad Khairul, beliau memilih mengikuti program ini kerana mahu mendalami ilmu dan memperbaiki bacaan Al-Qurannya.

Baginya, kelas itu yang melalui Zoom ini juga memberikannya banyak fleksibiliti dan mudah mengikutinya kerana ia dijalankan pada waktu malam.

“Saya mengimpikan menjadi seorang guru Al-Quran bertauliah dan ingin mendalami pengajian Al-Quran ini dengan lebih mendalam lagi. Seperti mengikuti program Diploma Peningkatan Guru Al-Quran (DPGQ), kendalian Pergeraq,” jelas Encik Muhammad Khairul.

Isteri beliau, Cik Nur Fadhilah, ibu seorang anak lelaki berusia enam tahun ini pula berkata antara faktor beliau mempelajari ilmu Al-Quran dan mendalami pengajian SPGQ ini kerana ingin mendidik dan mendedahkan anaknya tentang kehebatan Al-Quran dan pembacaan kitab suci ini.

“Impian saya adalah mahu mengajar anak saya membaca Al-Quran, selain memperbaiki bacaan saya sendiri.

“Bukan itu sahaja, asatizah di Pergeraq juga sentiasa meluangkan masa menjawab sebarang pertanyaan dan persoalan di luar waktu kelas,” kata Cik Nur Fadhilah yang juga berhasrat ingin mengikuti pengajian selanjutkan dan mendalami program DPGQ.

BANTUAN KEPADA PERGERAQ


Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda / zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ tulis nama anda /zakat atau derma.

3. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Yuran bulanan bagi program SPGQ ialah $125 bagi setiap peserta dan bayaran pendaftaran (hanya sekali) berjumlah $20.

5. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >