Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Iswaran diizin ke Australia, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran diizin ke Australia, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Feb 08, 2024 | 06:32 PM



Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran diberi kebenaran meninggalkan Singapura untuk ke Australia selama sekitar dua minggu, dengan syarat ikat jaminnya ditambah.

Iswaran kembali ke mahkamah pada 8 Februari, tiga minggu selepas menghadapi pelbagai pertuduhan, termasuk rasuah. 

Dia diberi kebenaran ke Australia dari 16 Februari hingga 4 Mac bagi membantu anaknya yang akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti Australia menyesuaikan diri di negara itu.

Pihak pendakwa mengenakan beberapa syarat sebelum memberikan kebenaran itu, termasuk jaminan wang tunai sebanyak $500,000. 

Iswaran juga harus memberi jadual perjalanan dan alamatnya di luar negara kepada pegawai penyiasat (IO) dan memastikan dirinya mampu kekal dihubungi oleh IO.

Dia juga perlu menyerahkan dokumen perjalanan dalam tempoh 24 jam selepas dia pulang ke Singapura.

Pada 8 Februari, Iswaran, yang diikat jamin sebanyak $800,000, hadir di Mahkamah Negara sekitar 2.30 petang untuk membuat permohonan untuk meninggalkan Singapura dengan jaminan. 

Kesnya juga akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, dengan pihak pendakwa berkata ini disebabkan minat orang awam yang tinggi terhadap kes itu.

Timbalan Ketua Pendakwa Raya Jiang Ke-Yue dan Kelvin Chong, bagaimanapun, tidak menjelaskan tentang perkara ini. 

Ketua Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes ini, tidak hadir di mahkamah.

Peguam Kanan Davinder Singh daripada Davinder Singh Chambers, yang mengetuai pasukan pembelaan untuk Iswaran, juga tidak hadir di mahkamah.

Peguam bela Navin Shanmugaraj Thevar meminta perbicaraan awal untuk anak guamnya agar “bukti dapat disiarkan sepenuhnya dan keputusan terhadap kes ini dibuat secepat mungkin”.

Kesemua 27 pertuduhan yang dihadapi Iswaran dibacakan semula kepadanya pada 8 Februari, seperti yang diperlukan apabila kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Persidangan pendedahan kes jenayah bagi kes itu akan diadakan di Mahkamah Tinggi pada 22 Mac.

Pada 18 Januari, dia dihadapkan dengan 27 pertuduhan, meliputi dua tuduhan rasuah, 24 tuduhan menerima suapan daripada seseorang yang terlibat dalam urusan perniagaan bersamanya ketika bertugas sebagai penjawat awam, dan satu tuduhan mengganggu proses pengadilan.

Dia dituduh menerima rasuah dengan ganjaran bernilai lebih $384,000 keseluruhannya daripada hartawan hartanah Ong Beng Seng.

Antara lain, dia didakwa menerima tiket pementasan, perlawanan bola sepak dan beberapa edisi Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura.

Menyusuli perbicaraannya, Iswaran telah meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan sebagai Menteri Pengangkutan serta Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >