Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jalankan skim dagang tipu libat lebih $18j: Warga AS dijel 39 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalankan skim dagang tipu libat lebih $18j: Warga AS dijel 39 bulan

Apr 25, 2024 | 04:37 PM



Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menjalankan kegiatan penipuan melalui skim perdagangan forex, melibatkan lebih $18 juta daripada lebih 1,300 pelanggan, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun tiga bulan pada Khamis, 25 April.

Pada masa kesalahan itu, Michael Philip Atkins, 51 tahun, adalah pengarah di firma Aureus Capital yang berpangkalan di Singapura.

Dia adalah pemegang saham majoriti dan mempunyai kawalan penuh ke atas skim tersebut, yang hanya menggunakan sebahagian kecil daripada wang pelanggan untuk dagangan forex.

Operasi itu dijalankan dalam gaya skim Ponzi klasik, di mana dakwaan pulangan kepada pelanggan dibayar menggunakan dana daripada pelanggan lain.

“Model perniagaan sebegitu jelas tidak mampan dan... syarikat itu akhirnya kerugian,” kata Timbalan Pendakwa Raya Hon Yi dalam prosiding awal, dipetik akhbar The Straits Times.


Pada akhirnya, pelanggan menerima kira-kira $12.7 juta secara keseluruhan daripada Aureus Capital dan mereka mengalami kerugian hampir $6 juta.

Pada 15 April, Atkins mengaku bersalah di mahkamah daerah Singapura kerana menjalankan perniagaan untuk tujuan penipuan.

Antara April 2013 dan Julai 2014, Aureus Capital menawarkan perkhidmatan dan skim perdagangan pertukaran asing berleveraj.

Pelanggan memeterai perjanjian yang membenarkannya terlibat dalam perdagangan forex bagi pihak mereka.

Di bawah perjanjian ini, syarikat akan berhak mendapat 40-50 peratus daripada keuntungan yang dijana daripada dagangan, manakala kerugian daripada dagangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

Pada masa kesalahan itu, Aureus Capital mengekalkan dua akaun dagangan dengan Oanda Asia Pasifik, sebuah syarikat berasingan yang menawarkan perdagangan pertukaran asing.

Pelanggan diberitahu bahawa Aureus Capital akan menguruskan dana mereka dengan berdagang forex di Oanda.

Mereka juga diarahkan untuk memindahkan wang tunai ke dalam akaun bank.

Akaun bank menerima lebih $18 juta secara keseluruhan daripada pelanggan antara 2 April 2013 dan 15 Julai 2014.

Daripada menggunakan wang untuk dagangan forex, lebih $14.7 juta digunakan untuk tujuan lain, seperti membayar pengarah Aureus Capital, termasuk Atkins.

Hanya sekitar $1.7 juta daripada lebih $18 juta telah didepositkan ke Oanda.

Penyata mingguan yang dihantar kepada pelanggan menyembunyikan fakta bahawa hanya sebahagian kecil daripada dana pelanggan digunakan untuk dagangan forex.

Dia ditemui di Amerika pada 2017 dan permintaan ekstradisi telah dihantar kepada pihak berkuasa di sana pada 2020.

Dia berjaya diekstradisi ke Singapura dan ditahan semula di sini pada 18 Mac 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >