Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jamiyah anjur Festival Muslim S’pura pupuk persefahaman agama, sejarah Islam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah anjur Festival Muslim S’pura pupuk persefahaman agama, sejarah Islam

Feb 18, 2024 | 04:04 PM



Berikutan sambutan yang memberangsangkan pada 2023, Festival Muslim Singapura (SMF) 2024 anjuran Jamiyah Singapura akan kembali ke Singapore Expo Dewan 6 dari 1 hingga 3 Mac.

Pesta tiga hari itu akan menawarkan acara menarik termasuk pameran bergerak antarabangsa Seerah, penerokaan alam digital berorientasikan ‘metaverse’ melalui lensa peranti realiti maya (VR), siri filem ‘Team Noon’, ceramah oleh pensyarah tempatan dan luar negara, serta gerai jualan makanan dan produk lain seperti fesyen dan gaya hidup.

Pameran bergerak antarabangsa ‘Seerah’ atau Seerah: International Roving Exhibition akan menampilkan sebanyak 21 artifak Nabi Muhammad saw.


Antaranya, sebanyak 16 artifak baru akan dipamerkan seperti tongkat jalan, bekas tapak kaki, dan celak.

Ia akan memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri artifak dari sejarah kehidupan Nabi Muhammad saw.


Demikian dinyatakan Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, semasa sidang media yang berlangsung di Pusat Islam Jamiyah pada 18 Februari.

Dr Mohd Hasbi berkata tayangan eksklusif ‘Team Noon’ siri filem animasi pendek yang meneroka keajaiban saintifik yang terdapat dalam Al-Quran untuk keluarga muda dengan kanak-kanak kecil.

Siri itu menampilkan 10 filem animasi 20 minit yang akan ditayangkan di dua bilik yang dapat memuat sehingga 120 penonton sepanjang tiga hari, dari 11 pagi hingga 9 malam.

Untuk butiran lanjut mengenai jadual tayang filem serta penempahan slot, pengunjung boleh layari media sosial serta laman web Jamiyah Singapura.

Ia merupakan tayangan unggul di Asia Tenggara, yang dihasilkan syarikat pengeluaran di Mesir.

Beliau menambah bahawa pengalaman VR dan ‘metaverse’ juga akan menampilkan kandungan yang baru berbanding SMF lepas.

“Pengalaman VR membolehkan pengunjung untuk merentasi masa silam serta menyaksikan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa hayat Nabi Muhammad, manakala pengalaman metaverse pula akan membawa mereka meneroka keadaan dalam Kaabah,” kata Dr Mohd Hasbi.

Mengulas tentang penganjuran acara ini beliau berharap agar ia akan dapat memupuk persefahaman dan penghayatan Islam yang lebih mendalam dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam, sekaligus menggalak persefahaman antara budaya dan agama.

“Lebih daripada 70,000 pengunjung yang menghadiri SMF pada 2023 dan kami menjangkakan jumlah pengunjung akan menjangkau 90,000 kali ini,” ucap Dr Mohd Hasbi.

Sidang media pada 18 Februari turut menyaksikan 40 penunggang basikal sukarelawan khas menunggang sepanjang 10 kilometer dari Singapore Expo hingga ke Pusat Islam Jamiyah pada 9 pagi.

Mereka diiringi 70 penunggang motosikal dari Harley Riders Singapore, BMW Riding Kakis dan Goldwingers Singapore sebagai tanda sokongan dan perpaduan menyokong Jamiyah dan menyemarakkan lagi SMF 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >