Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Jawatankuasa Fatwa diperluas dari empat kepada lapan anggota penuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Fatwa diperluas dari empat kepada lapan anggota penuh

Feb 05, 2024 | 08:00 PM



Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan diperluas daripada empat kepada lapan anggota penuh.

Ini setelah pindaan Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) diluluskan oleh Parlimen pada 5 Februari.

Peluasan itu akan membolehkan jawatankuasa tersebut memanfaatkan kepakaran yang lebih luas, termasuk dalam kalangan asatizah.

Menjelaskan lebih lanjut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:

“Memandangkan masyarakat kita pelbagai dan berkembang, Muis memerlukan kepakaran yang lebih luas untuk menangani peningkatan kerumitan isu sosio-agama yang dihadapi oleh masyarakat Muslim.”

Encik Masagos menambah, Jawatankuasa Fatwa akan diperkasa untuk membuat keputusan apakah perlu mengeluarkan fatwa berdasarkan permintaan yang ia terima.

“Misalnya, tidak perlu mengeluarkan fatwa jika Pejabat Mufti sudah mengeluarkan irsyad (panduan agama) tentang suatu isu.


“Oleh itu, perbincangan fatwa boleh ditumpukan pada isu-isu yang mempunyai kaitan penting dalam kehidupan masyarakat Islam kita.

“Ini akan membantu mengutamakan usaha dan sumber jawatankuasa tersebut,” ujar beliau.

Jawatankuasa Fatwa membantu Mufti dalam proses perbincangan fatwa dan memastikan fatwa dibincangkan secara menyeluruh. 

Jawatankuasa itu kini dianggotai oleh Mufti sebagai pengerusi; dua ahli yang layak dilantik daripada kalangan anggota Majlis Muis; dan dua ulama bebas bukan daripada kalangan anggota Majlis Muis serta yang disyorkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Muis.

Semua ahli jawatankuasa itu dilantik oleh Presiden Singapura.

Anggota penuh sedia ada sekarang ialah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman Dawoud, Ustazah Dr Rohana Ithnin, dan Ustaz Dr Firdaus Yahya.

Mereka berkhidmat selama tiga tahun dari September 2022 hingga Ogos 2025.

Penjelasan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >