Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Jenguk Pearl’s Hill Terrace, kawasan seni ‘indie’ yang bakal ditutup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenguk Pearl’s Hill Terrace, kawasan seni ‘indie’ yang bakal ditutup

Penutupan pada 2025 dan akan jadi tapak perumahan
Apr 24, 2024 | 06:05 PM



Deretan kedai di 195 Pearl’s Hill Terrace, yang pernah menjadi sebuah balai polis lama, kini menjadi kawasan seni indie.


Kawasan Pearl’s Hill Terrace pernah menjadi perhatian di TikTok dan Instagram pada Januari dan beberapa hari menjelang Hari Kekasih sebagai tempat pertemuan yang kreatif.

Kawasan itu dipenuhi dengan deretan kedai yang punya keunikan tersendiri – daripada bunyi dentingan perak dan alat membuat tatu, aroma haruman segar lilin, dan susunan kamera pada dinding kedai.

Kegiatan unik seperti pembikinan lilin, barang kemas dan seni tatu menarik ramai golongan muda ke tempat itu.







Pada Mac 2025, 148 perniagaan kecil dan artis perlu berpindah dari Pearl’s Hill Terrace apabila pajakan induk tempat itu tamat.

Ia dijadualkan menjalani pembangunan semula bagi perumahan.

Namun, mereka telah merayu pemerintah supaya mengekalkan keunikan hab kreatif itu yang telah berkembang selama 17 tahun dan menjadi komuniti yang bertenaga.

Berikut antara beberapa tempat ‘permata’ di kawasan Chinatown itu.

Nikmati dendangan lagu
di Kult Yard (#01-54)

Kult Yard, sebuah bar berkonsepkan luaran, menganjurkan persembahan muzik ‘live’ pada waktu malam untuk menarik golongan muda.

Menu istimewa bar itu ialah Kultails – sejenis minuman koktel. Minuman alternatif versi bukan alkohol berharga $10.


Pemilik bersama Encik Zac Mirza, 47 tahun, mengharapkan hasil yang positif apabila pihak berkuasa meneliti semula nasib kawasan itu.

“Ia adalah tempat yang unik – bangunan lama dengan ciri tersendiri,” katanya.

Pearl’s Hill Terrace tersemat di hatinya kerana datuk beliau pernah menjadi pegawai polis yang tinggal di situ.

Barangan kreatif
di Clink Clank Clunk (#01-01B)







Di Clink Clank Clunk, gelang tangan, anting-anting dan loket menjadi antara barangan yang dijual.

Pemilik dan pengasas syarikat itu, Cik Junie Lim, 32 tahun, juga menghasilkan barang kemas dan perak.

Beliau memulakan syarikat itu dua tahun lalu dan hasil ciptaannya dijual antara $80 dengan $400. Beliau juga mengendalikan bengkel untuk kanak-kanak dan remaja di samping menganjurkan pesta hari jadi.

Bengkelnya popular dalam kalangan anak muda.

Bengkel barang kemas dan aksesori pengecap logam berharga $25, manakala bengkel pengecapan dan pengecapan logam bersama Beadersland, sebuah perniagaan bekalan membuat barang kemas, adalah $65.

“Ia seperti ‘art jamming’ (sesi melukis berkumpulan) tetapi dilakarkan pada kanvas logam,” kata Cik Lim.

“Barang kemas adalah budaya masyarakat. Kita mahukan sesuatu yang boleh melambangkan perjalanan kita.”







Tera dakwat
di State of Shiok (#02-08A)

Cik Lim kemudian mengenalkan kedai State of Shiok, sebuah studio tatu yang diasaskan oleh Encik Jerome Ang, 26 tahun.

Selain melukis tatu, Encik Ang juga mengendalikan bengkel seni tatu untuk artis tatu baru dan mengadakan perkongsian bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ilmu dakwat.

Sentuhan filem klasik
di Hands on Film (#02-01)







Hands on Film, sebuah studio mencuci filem yang juga menjual kamera filem, telah dimulakan pada 2019 oleh Encik Daniel Ong Hao Xiang, 27 tahun.

Beberapa tahun kebelakangan ini, fotografi filem menjadi kegemaran golongan Gen Z kerana estetikanya yang vintaj, menjadikan kedai itu popular dalam kalangan anak muda.

Lebih 100 kamera filem pelbagai model dipamerkan di kedai itu.

Pelanggan boleh mencuci dan mengimbas filem mereka pada harga $8 untuk segulung filem 35mm berwarna atau $10 untuk segulung filem 35mm hitam-putih.

Mereka juga boleh menghadiri bengkel cuci filem berharga $40, mempelajari cara memuatkan filem ke dalam kekili serta mencuci dan mengimbas gambar.

Cetuskan daya kreativiti
di Sally’s Room (#01-08)

Sally’s Room menjual lilin dan wangian rumah.

Mereka membenarkan pelanggan memilih bau kegemaran dan mencipta sendiri lilin khas.

Mereka juga mempunyai lilin bertema dan menawarkan bengkel sempena hari-hari istimewa seperti Hari Kekasih atau Krismas dan bengkel khusus bagi pasangan yang berminat.

Pemilik, Cik Xenia Teo, 33 tahun, menubuhkan kedai itu pada 2021.

Bengkel buat lilin berlangsung selama satu setengah hingga dua jam.

Harga bermula pada $49 termasuk semua bahan yang akan digunakan pada bengkel ringkas menghasilkan lilin kopi, atau lilin gel hiasan dan bengkel lilin soya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >