Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Jualan kurma amal sempena Projek Nur Ala Nur 2.0

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Jualan kurma amal sempena Projek Nur Ala Nur 2.0

Hanya $10 sekotak bagi kurma Rutab dari Iran
Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah gigih mengadakan jualan amal kurma madu.

Seperti diketahui, manisan kurma disarankan sebagai juadah berbuka puasa. Jualan kurma amal ini merupakan projek tahunan pihak madrasah yang dimulakan sejak pertengahan tahun 1990-an lagi .

Kurma madu amal ini diimport dari Iran dan ia berbeza daripada kurma-kurma kering lain. Kurma basah ini, yang juga dikenali dengan Rutab, sesuai untuk mereka yang lebih menyukai kurma jenis basah.


“Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran, dan ia mempunyai gred tertentu dan berbeza. Sempena kedatangan Ramadan yang diberkati ini, Madrasah Wak Tanjong amat teruja mahu mengadakan jualan kurma madu amal, atau dikenali sebagai Rutab pada tahun ini. Pihak kami telah menganjurkan tradisi menjual kurma madu ini sejak tiga dekad lalu. Bukan hanya kurma madu ini mempunyai rasa yang enak, malah bermutu dan disukai ramai.


“Semua hasil jualan, kutipan sumbangan yang diberikan akan kami disalurkan kepada dana Nur Ala Nur 2.0 bagi pembinaan bangunan tambahan madrasah kami. Dan sebahagiannya juga akan disalurkan ke dalam dana pentadbiran madrasah. Ambillah peluang pada bulan Ramadan yang bakal menjelma nanti, dengan menyumbang secara ikhlas demi mendapat pahala berlipat ganda,” jelas mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim.

Harga sekotak ialah $10 dan akan mula dijual pada pertengahan bulan Syaaban ini. Bagi orang ramai yang ingin mencuba secara percuma kurma madu ini, anda boleh kunjungi reruai madrasah pada acara FunWorld di Dewan Expo 6A, sepanjang 9 hingga 12 Februari ini (sempena Tahun Baru Cina).

Madrasah Wak Tanjong terpilih sebagai benefisiari rasmi bagi acara yang dianjurkan oleh MakBesar ini. Acara di ekspo ini akan bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Bagi yang berminat membeli kurma tersebut, mereka mendapatkan khidmat penghantaran ke rumah atau boleh terus mendapatkannya di Madrasah Wak Tanjong pada waktu-waktu pejabat .

Selain penjualan kurma madu, bagi mereka yang ingin melaksanakan zakat harta, berwakaf atau sekadar berinfak, boleh datang terus ke madrasah tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Anda juga dijemput ke Bazar Ramadan di Wisma Geylang Serai (WGS) sempena Ramadan ini, di reruai bernombor 405 .

HULUR SUMBANGAN


Untuk sumbangan kepada Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah, anda boleh lakukan melalui:

1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Kiriman cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600.

4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >