Peribahasa merupakan satu harta budaya yang tidak ternilai bagi masyarakat Melayu. Tetapi, sayang andainya generasi seterusnya tidak mengekalkan budaya itu ekoran penggunaan bahasa Inggeris yang semakin meningkat dalam kalangan anak muda dewasa ini.
Lenyapnya peribahasa daripada genggaman golongan ini bagaikan satu kehilangan jiwa – kehilangan pesan, nilai, dan hikmah. Budaya juga pudar.