Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Keluarga meriah beraya di kolong blok

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga meriah beraya di kolong blok

Apr 22, 2024 | 07:50 PM



Kebiasaannya, keluarga berjalan Raya dari rumah ke rumah dan adakalanya mengambil masa sehari untuk selesaikan kunjung-mengunjung.

Ini bergantung kepada jumlah rumah yang perlu dikunjungi dan jarak di antaranya.

Namun, bagi Cik Rohani Paei, 60 tahun, dan keluarga besarnya seramai hampir 200 anggota, mereka memilih berhimpun di kolong blok 894C Woodlands Drive 50, yang lebih luas untuk menampung tetamu yang ramai.

Seperti majlis kahwin di kolong blok, majlis perjumpaan Hari Raya pada 13 April itu meriah dengan mereka menempah jamuan khidmat katering, menyewa 140 kerusi dan 10 meja, kipas angin dan juga tandas mudah alih.

Ia diadakan dari 12 tengah hari hingga 5 petang.

Menurut Cik Rohani, atau lebih mesra dikenali sebagai Cik Ani, mereka sekeluarga mengeluarkan belanja sebanyak $3,800 untuk menyewa perabot dan menempah makanan.

Anak bongsu daripada 15 adik-beradik itu berkongsi bahawa beliau mula menganjurkan majlis perjumpaan Hari Raya sebegini di kolong blok pada 2018 bersama kakaknya, Cik Munah Paei, yang juga menetap di blok yang sama.

“Setiap tahun saya membuka rumah saya untuk dikunjungi keluarga, namun apabila keluarga saya bertambah, agak sukar untuk semua orang berkumpul di dalam rumah.

“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk ke Majlis Bandaran Woodlands untuk menempah ruang di kolong blok saya. Ia harus dilakukan sebulan sebelum acara itu diadakan.

“Pada 2018 saya membayar $375 sebagai wang pendahuluan, namun $300 akan dikembalikan. Tahun ini (2024) pula saya membayar $198 dan menerima $100 kembali,” kongsinya kepada Berita Harian (BH).


Video sambutan meriah mereka sekeluarga, yang tular di TikTok hasil kreativiti Encik Muhammad Rakin Abdul Rashid, anak saudara Cik Ani, menunjukkan bagaimana Encik Rakin dan ahli keluarga lain teruja mengambil bahagian dalam peraduan menganyam ketupat dan mengikat samping.

Cabutan bertuah juga diadakan.

“Bagi menghiburkan hati anggota keluarga yang hadir, kami menganjurkan peraduan untuk semua lapisan umur.

“Saya akan mengambil kehadiran mereka yang datang di kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh diri saya sendiri.

“Pemenang ditentukan oleh nama yang saya cabut,” kata Cik Ani yang berpengalaman sebagai relawan bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodgrove selama lebih 10 tahun.

Hadiah cabutan bertuah pula termasuk kipas, set stimbot, kain ela dan baucar NTUC yang ditaja beramai-ramai manakala cenderahati untuk keluarga adalah set tuala di samping snek untuk kanak-kanak.

Kemeriahan mereka turut mendapat perhatian pemilik kedai runcit berdekatan blok Cik Ani, yang memberitahunya beliau suka melihat suasana riuh-rendah keluarga besar Cik Ani.

“Saya pun sudah berusia sekarang dan saya harap anak-anak saudara saya dapat meneruskan tradisi ini pada masa akan datang,” tambah Cik Ani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >