Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Keluarga rai Aidilfitri di rumah baru buat kali pertama dengan bantuan Jamiyah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga rai Aidilfitri di rumah baru buat kali pertama dengan bantuan Jamiyah

Apr 04, 2024 | 02:38 PM



Sebuah flat HDB 2 bilik di Sengkang telah menjalani ubah suai baru-baru ini di bawah projek yang dipanggil ‘Project Happiness’ anjuran Rumah Warga Tua Jamiyah Darul Takrim dan Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah.

Projek itu membawa kegembiraan kepada Cik Rasima Yunos, seorang ibu berusia 61 tahun dan dua anak lelakinya yang akan menyambut Hari Raya buat kali pertama di rumah mereka yang baru diubah suai, selepas 15 tahun berpisah dan tanpa rumah sendiri.

Selepas suaminya meninggal dunia, Cik Rasima ditempatkan di beberapa Rumah Kebajikan sebelum dipindahkan ke Darul Takrim pada Disember 2011, manakala kededua anak lelakinya, Encik Ridzwansah Jumangin, kini 27 tahun, dan Encik Muszafarsyah Jumangin, kini 25 tahun, ditempatkan di Darul Islah.

Penasihat Akar Umbi untuk Sengkang GRC GROS (Sengkang East), Encik Goh Yeow Tin, telah dijemput pada 2 April, untuk merasmikan rumah ‘baru’ Cik Rasima.

Projek itu adalah program jangkauan masyarakat di mana penghuni Darul Islah menyebarkan kegembiraan dengan menjadi sukarelawan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam persiapan mereka untuk meraikan perayaan.

Di bawah daya usaha tersebut, rumah Cik Rasima menjalani beberapa kerja ubah usai oleh MSR Interior Design Pte Ltd. Ini termasuk perlaksanaan kerja ubah elok pada lantai, pencahayaan, kabinet dapur dan almari pakaian baru.

Tuscani Tapware Pte Ltd pula menyediakan perkakas bilik air, sinki dapur dan keperluan rumah lain.

Keseluruhan kos ubah suai dan perabot baharu itu bernilai S$32,000 – ihsan penderma korporat.

Melahirkan rasa syukur, Cik Rasima berkata: “Saya sangat gembira dan bersyukur dapat menyambut Ramadan dan raya bersama anak-anak saya di rumah baru.”

Para penghuni Darul Islah telah membantu dalam menjayakan projek kelima itu, dari 26 Mac hingga 1 April, dengan membersihkan dan menghiasi rumah Cik Rasima dengan lampu lap lip dan bingkai dinding.

Hiasan tersebut dibeli dengan tajaan Integrated Property Management Pte Ltd and OneBest Subcontractor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >