Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kereta api lama SMRT akan jadi hotel inap bersama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api lama SMRT akan jadi hotel inap bersama

Apr 11, 2024 | 06:55 PM



Orang ramai berpeluang menginap di dalam gerabak kereta api SMRT yang perkhidmatannya telah ditamatkan tidak lama lagi.

Dinamakan ‘Train Pod @ one-north’, kereta api itu bakal menjadi hotel inap pertama di Singapura.

Terletak di tempat letak kereta bersebelahan Blok 69, Ayer Rajah Crescent, ia akan dilancarkan pada September.

Dibangunkan oleh sebuah syarikat pemula tempatan, Tiny Pod, dengan sokongan Perbadanan Bandar Jurong (JTC), gerabak kereta api itu akan menawarkan lapan bilik seluas 7.5 meter persegi, setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi bersambung.

Hotel itu juga akan beroperasi menggunakan sistem kunci pintar oleh syarikat pemula Igloo Home.

Penginap akan dapat menikmati bilik yang lengkap bagi kegunaan peribadi dan juga ruang umum untuk bertemu orang lain.

Kakitangan hotel tersebut tidak akan ditempatkan secara fizikal di hotel kereta api itu, tetapi pertukaran dan pembersihan bilik masih akan dikendalikan oleh kakitangan pembersihan.

Untuk menyediakan pengalaman lebih baik untuk tetamu, petak pemandu gerabak akan menampilkan panel paparan kristal cecair yang dipasang bagi menunjukkan rakaman sebenar perjalanan kereta api melalui terowong sebelum khidmatnya ditamatkan.

Kawasan hijau riadah awam juga akan dibangunkan di sebelah hotel tersebut, dihiasi dengan mesin layan diri makanan dan minuman serta rak basikal.

Pengunjung juga boleh beriadah di bawah sinaran matahari sambil berehat di kerusi kereta api, yang digunakan semula sebagai bangku awam.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tiny Pod, Encik Seah Liang Chiang, berkata butiran seperti harga tempahan bilik dan pembukaan tarikh tempahan belum ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata harga tempahan bilik akan lebih rendah berbanding ruang kediaman bersama Singapura yang sedia ada.

Beliau menambah bahawa hotel ‘pop-up’ semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila pengguna semakin menghargai pilihan yang mementingkan alam sekitar.

“Dengan mengubah ruang yang kurang digunakan untuk menjadi pengalaman penginapan unik, kami membuka kunci aliran pendapatan baru dan mengurangkan jejak alam sekitar,” kata Encik Seah.

Projek hotel kereta api itu juga merupakan lanjutan kepada hotel kontena perkapalan ‘pop-up’ Tiny Pod sedia ada di LaunchPad @ one-north.

Dilancarkan pada 2020, kontena perkapalan Tiny Pod telah berkembang ke ruang bandar dan awam di Gardens by the Bay dan Haw Par Villa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >