Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes darah tali pusat Cordlife: Siasatan jangka ambil enam minggu lagi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes darah tali pusat Cordlife: Siasatan jangka ambil enam minggu lagi

Unit darah tali pusat milik sekitar 2,150 pelanggan rosak dan mungkin tidak sesuai untuk pemindahan sel stem akibat suhu penyimpanan tidak optimal
Dec 08, 2023 | 05:23 PM



Siasatan terhadap kes unit darah tali pusat (CBU) dalam enam tangki yang diawet beku pada suhu tidak optimal di bank darah tali pusat berlesen Cordlife Group Limited (CGL) akan mengambil masa sekitar enam minggu lagi.

Siasatan akan tertumpu kepada daya maju perkhidmatan CBU itu, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dalam satu hantaran di Facebook pada 8 Disember, lapor The Straits Times (ST).


Dalam pada itu, ibu bapa yang terjejas dinasihatkan agar menangguh permintaan untuk pemindahan CBU ke bank darah tali pusat lain, tambahnya.

Pada 30 November, Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa bank darah tali pusat privet itu telah mendedahkan tujuh daripada 22 tangkinya yang menyimpan CBU kepada suhu tidak optimal pada tempoh berbeza, sejak November 2020.

Akibatnya, unit darah tali pusat dalam salah satu tangkinya, Tangki A, yang menyimpan sekitar 2,200 CBU milik sekitar 2,150 pelanggan, telah rosak dan besar kemungkinan tidak sesuai untuk tujuan pemindahan sel stem.

Encik Ong berkata beliau menerima banyak e-mel dan mesej sejak kejadian pelanggaran peraturan itu diumumkan.

Akibat kejadian itu, ramai ibu bapa berasa kecewa dan tertekan, tambah beliau.

Selain memastikan tahap perubahan suhu bagi enam tangki yang terjejas dan daya kehidupan atau viability CBU yang disimpan, MOH sedang menyiasat sebab-sebab pelanggaran itu berlaku, kata Encik Ong.


Menjawab pertanyaan ibu bapa yang meminta MOH memudahkan pemindahan CBU di Cordlife kepada bank darah tali pusat lain, Encik Ong berkata MOH telah mengadakan perbincangan dengan bank darah tali pusat lain, yang bersedia membantu.

“Bagaimanapun, kami menasihatkan ibu bapa agar menangguh permintaan ini buat masa kini, sehingga kesan penuh pelanggaran ini diketahui dalam beberapa minggu.

“Ini kerana jika sesebuah unit itu dinilai tidak terjejas, dan Cordlife dapat mengukuhkan prosesnya, ia mungkin lebih berisiko untuk membuat pemindahan memandangkan kerja logistiknya yang rumit,” jelas Encik Ong.

MOH akan juga memastikan Cordlife mematuhi peraturan yang ada dan mencegah kejadian serupa pada masa hadapan, tambah Encik Ong.

Penyimpanan CBU adalah satu perkhidmatan privet yang ditawarkan kepada ibu bapa apabila bayi mereka dilahirkan.

Darah tali pusat mengandungi sel stem yang dikenali sebagai sel stem hematopoitik, yang boleh digunakan dalam pemindahan sel stem untuk merawat penyakit darah dan beberapa jenis kanser, seperti leukemia, sekiranya bayi menghidap penyakit itu pada kemudian hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >