Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes miliki, guna dan beli ‘vape’ bertambah: Rahayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes miliki, guna dan beli ‘vape’ bertambah: Rahayu

HSA kerjasama dengan agensi lain tangani isu, sedang teroka langkah hentikan iklan dalam talian produk ‘vape’
Apr 02, 2024 | 02:42 PM



Kes membeli, menggunakan dan memiliki ‘vape’, atau rokok elektronik, telah meningkat kepada 7,900 pada 2023, daripada 5,000 pada 2022.

Perangkaan itu dikongsi Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, sebagai respons kepada soalan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) dan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dalam sidang Parlimen pada 2 April.

Cik Rahayu berkata pada 2021, jumlahnya ialah 4,700.

Encik Ang bertanya mengenai jumlah maklum balas berkenaan ‘vape’ yang Penguasa Sains Kesihatan (HSA) terima daripada masyarakat umum dan agensi lain.

Beliau juga ingin tahu saiz pasukan penguatkuasaan HSA yang khusus bagi penguatkuasaan terhadap ‘vape’ dan jumlah denda bagi kesalahan berkaitan ‘vape’ yang dikeluarkan HSA sejak tiga tahun lalu.

Encik Yip dan Encik Ang juga bertanya soalan serupa mengenai jumlah kesalahan itu yang dibawa ke perhatian HSA menerusi agensi lain.

Berkenaan saiz pasukan penguatkuasaan, Cik Rahayu berkata HSA membentuk kerjasama berbilang agensi berhubung penguatkuasaan gejala ‘vape’ dan mempunyai pasukan penguatkuasaan yang sesuai untuk menangani isu itu.

“Sungguhpun HSA adalah agensi saintifik dengan pasukan penguatkuasaan yang sesuai dengan keperluan tugasan itu, ia dibantu dengan penyumberan luar dan sokongan penguatkuasaan daripada agensi lain, seperti Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

“Kami memantau secara berterusan (saiz pasukan dan tenaga penguatkuasaan), dan jika perlu, kami boleh menambah dan melaraskan tenaga kerja sewajarnya.

“Tetapi pada peringkat ini… kami perlu mengambil pendekatan berkolaborasi dengan semua agensi lain secara bersama agar kami mempunyai respons lebih berkesan terhadap isu ‘vape’,” kata Cik Rahayu.

‘Vape’ adalah sejenis alat penghantar cecair nikotin secara elektronik yang wapnya disedut perokok, berbanding rokok biasa, yang menggunakan daun tembakau.

Menjawab soalan mengenai jumlah maklum balas berkenaan ‘vape’ yang HSA terima, Cik Rahayu berkata maklum balas yang diperoleh HSA daripada orang awam dan agensi lain ialah 1,700 pada 2021, 1,500 pada 2022 dan 2,070 pada 2023.

Mengenai jumlah kesalahan berkaitan ‘vape’, beliau berkata terdapat 7,600 kes pada 2021, 5,600 pada 2022 dan 8,000 pada 2023.

Cik Rahayu juga berkata HSA sedang meneroka usaha campur tangan awal bagi menangani iklan dalam talian produk ‘vape’ di Singapura.

“Kami sedang meninjau usaha peringkat awal, atau ‘upstream’, berkaitan menyahaktifkan iklan bagi semua produk (‘vape’) dalam talian – kami sedang bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

“Inilah yang kami lakukan hasil kerjasama dengan agensi lain untuk cuba menghentikan kegiatan penjualan dalam talian produk (‘vape’) atau bekerjasama dengan agensi dalam masyarakat, seperti yang dinyatakan sebelum ini,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >