Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua pengarah MFA yang didakwa menipu diizin ke luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pengarah MFA yang didakwa menipu diizin ke luar negara

Jan 25, 2024 | 07:19 PM



Seorang ketua pengarah Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dikenakan tuduhan berkaitan penggunaan beg diplomatik telah mendapat izin mahkamah daerah untuk berkunjung ke Tokyo selama tiga minggu untuk berlibur.

Gilbert Oh Hin Kwan, 45 tahun, dikenakan tiga tuduhan pada 23 November 2023 kerana dikatakan menipu atau bersubahat untuk menipu MFA serta memberikan maklumat palsu kepada seorang pegawai awam.

Warga Singapura itu dikatakan bersikap tidak jujur kepada MFA pada Disember 2022 dengan menipu bahawa bungkusan yang mengandungi kotak panadol dan dihantar dari Singapura ke Beijing melalui perkhidmatan beg diplomatik adalah untuk seorang kenalan peribadi dan bukan untuk rakan sekerjanya, Encik Dion Loke Cheng Wang.

Oh juga dituduh bersubahat bersama Encik Loke untuk menipu MFA pada 12 Januari 2023, dengan menghasut Encik Loke supaya menghantar bungkusan yang mengandungi jam tangan mewah dari China ke Singapura melalui perkhidmatan beg diplomatik.

Sebaliknya, bungkusan itu adalah kepunyaan dan ditujukan untuk orang lain, bukan Encik Loke.

Pada 19 Januari 2023, Oh didakwa memberi maklumat palsu kepada timbalan setiausaha MFA ketika itu, Encik Ong Eng Chuan, dengan memberitahunya bahawa jam tangan mewah dalam bungkusan yang dibawa oleh Encik Loke ke Singapura pada 17 Januari adalah milik bapa Oh.

Kes Oh didengar lagi pada 25 Januari 2024 di mana dia telah memohon untuk berkunjung ke Tokyo dari 28 Januari hingga 20 Februari untuk berlibur.

Tujuan perjalanan itu adalah untuk menjelajah dan merundingkan kemungkinan urusan jual beli hartanah di Tokyo dan untuk melawat guru tembikarnya yang “berusia lanjut dan masih lemah”, menurut rekod mahkamah.

Oh juga berhasrat melawat keluarga pasangannya sepanjang perjalanan selama 24 hari itu.

Hakim Daerah Brenda Tan memberi kebenaran kepada permintaan tersebut dengan syarat Oh menyediakan jaminan tambahan sebanyak $10,000 di atas jaminannya sekarang yang sejumlah sama.

Dia juga diwajibkan memberikan jadual perjalanan lengkap kepada pegawai penyiasat sebelum berangkat serta butiran mengenai tempat penginapan dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Dia wajib menyerahkan pasportnya kepada pegawai tersebut dalam tempoh 24 jam selepas pulang.

Kes Oh akan didengar lagi pada 22 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >