Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kontraktor disiasat, langgar peraturan sekitaran di tapak kerja Tengah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontraktor disiasat, langgar peraturan sekitaran di tapak kerja Tengah

Jan 13, 2024 | 02:11 PM



Syarikat kontraktor yang diupah untuk membina sebuah sekolah rendah baru di Tengah, sedang disiasat kerana melanggar beberapa peraturan yang bertujuan mengurangkan kesan kerja pembinaan terhadap alam sekitar.

Pelanggaran yang dilakukan oleh kontraktor Trust-Build Engineering & Construction termasuk memulakan kerja tanpa mendapat kelulusan daripada agensi air negara, PUB untuk langkah kawalan bumi.

Langkah kawalan bumi adalah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kelodak dari tapak pembinaan tidak mengalir ke dalam laluan air.

Trust-Build dilantik oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk melaksanakan kerja pembinaan Sekolah Rendah Pioneer yang baru. Sekolah itu akan berpindah dari Jurong West ke Tengah pada 2026 dan menjadi sekolah rendah pertama di kawasan itu.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap MOE berkata Trust-Build juga “tidak melaksanakan langkah kawalan bumi yang mencukupi di tapak, yang telah mengakibatkan pelepasan kelodak ke kawasan sekitar dan laluan air”.


Tambahnya, MOE akan bekerjasama rapat dengan kontraktor, pasukan perunding yang dilantik dan agensi pemerintah untuk memastikan tiada peraturan dilanggar di tapak kerja.

Pelanggaran itu mula dihebahkan pada Disember 2023 oleh penunggang penghantaran makanan dan penggiat alam semula jadi, Encik Jimmy Tan, 50, yang mengesan air berlumpur di longkang besar Jurong. Beliau kemudian menunggang dengan basikal untuk menjejaki sumbernya, dan mendapati ia adalah dari tapak pembinaan.

Encik Tan, yang terlibat dalam kempen menggalakkan pemuliharaan Tengah dan hutan di Singapura, berkata: “Jika sedimen berada di kawasan kurang sensitif ekologi, saya tidak akan berfikir dua kali.


“Jadi, saya melakukan peranan saya sebagai warga aktif yang prihatin terhadap alam sekitar dan memberi maklum balas tentang kesilapan supaya ia tidak berlaku lagi.”


Apabila PUB menjalankan semakan sendiri baru-baru ini, ia mendapati bahawa firma itu telah memulakan kerja berkaitan tanah tanpa kebenaran di tapak pembinaan, kata pengarah Jabatan Tadahan dan Laluan Air PUB, Encik Yeo Keng Soon.

Tambahnya, kontraktor juga gagal melaksanakan langkah mengawal hakisan tanah. 

Encik Yeo berkata: “Kontraktor sedang membetulkan kesilapan di tapak dan perlu melaksanakan langkah kawalan bumi yang diperlukan menjelang akhir Januari 2024.”

Beliau menambah bahawa “tindakan penguatkuasaan” akan diambil terhadap kontraktor, tetapi tidak memberikan butiran.

PUB, setakat ini, tidak menemui apa-apa yang luar biasa dalam mutu air Tasik Jurong – di mana air dari tapak kerja mengalir ke dalam selepas melalui longkang besar, katanya.

Pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) juga tidak menemui sebarang kesan terhadap flora dan fauna di Taman Tasik Jurong semasa pemeriksaan mereka.

Dengan cuaca hujan baru-baru ini, kontraktor telah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah untuk membendung dan merawat air berkelodak di tapak pembinaan sebelum ia dibuang ke dalam longkang, kata Encik Yeo.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga menasihatkan kontraktor agar memeriksa sistem penyaliran di dalam dan sekitar tapak pembinaan setiap hari memandangkan sekarang ialah musim hujan.

Apabila ditanya, jurucakap firma itu berkata ia telah menyerahkan maklumat kepada pihak berkuasa dan tidak akan mengulas lebih lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >