Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kreatif sampaikan mesej dakwah dalam era media sosial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Kreatif sampaikan mesej dakwah dalam era media sosial

May 10, 2024 | 05:30 AM



Pada era pendigitalisan, masjid sebagai institusi penyatuan ummah, perlu memanfaatkan media sosial sebagai medium interaksi masyarakat dan wadah penyebaran dakwah berkesan.

Lebih-lebih lagi apabila masyarakat yang rata-ratanya terdiri daripada generasi muda, agak cenderung kepada kandungan kreatif dan terkini.

Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan (Marcomm), Ustazah Nursakina Khalida Osman, berkata Masjid Alkaff Kampung Melayu sentiasa mempertimbangkan pendekatan dakwah yang lebih interaktif dan santai.

Sebagai pegawai yang terlibat dalam bidang pemasaran dan perhubungan, Ustazah Nursakina berusaha menggerakkan penyampaian dakwah kreatif mengikut peredaran zaman di Masjid Alkaff Kampung Melayu bagi mendidik masyarakat tentang agama.

“Saya dan kumpulan mencari pendekatan baru dalam menghasilkan kandungan agar ia menepati kehendak kelompok sasaran dakwah. Cara berdakwah juga sudah memasuki era baru, yang perlu disampaikan dengan penuh kreativiti.

“Contohnya, kami perlu mengambil kira beberapa terma atau slanga yang digunakan untuk menarik minat masyarakat Islam, terutamanya golongan generasi muda hari ini.

“Susulan itu, adalah sangat penting untuk sesebuah platform dakwah seperti masjid, kekal relevan dalam media sosial supaya masyarakat mendapat akses kepada mesej-mesej dakwah yang bemanfaat dan menyeronokkan,” kata Ustazah Nursakina.

Bagaimanapun, dakwah dalam media kontemporari juga mempunyai cabaran tertentu kerana ia perlu sejajar dengan kepantasan teknologi moden hari ini.

Cabaran utama sudah pasti tentang bagaimana menarik minat generasi baru terhadap kandungan berunsur Islamik dalam bahasa Melayu.

Sesuai dengan nama masjid ‘Melayu’, Masjid Alkaff Kampung Melayu cuba mengekalkan minat generasi muda zaman sekarang terhadap kandungan digital yang disediakan dalam bahasa Melayu.

Kumpulan Pemasaran dan Perhubungan Masjid Alkaff Kampung Melayu berinteraksi rapat bersama penonton untuk memahami masalah yang mereka hadapi, khususnya di masjid.

Pengeluaran video, ‘The Solulu To Your Telulu’ dan ‘Rapatkan Saf’ yang diuar-uarkan dalam Tiktok dan Instagram Masjid Alkaff Kampung Melayu juga mula mendapat penerimaan positif daripada orang ramai.

Tujuan video itu dimuat naik adalah bagi meningkatkan kesedaran dan memberi penyelesaian mudah kepada jemaah tentang permasalahan yang timbul dalam kehidupan harian, khususnya di masjid.

“Banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada penonton tentang agama seperti unsur fiqah, adab, cara muamalah sesama insan dan lain-lain.

“Kami mengutamakan video-video yang mengikut trend dan kreatif dalam menyatakan penyelesaian mudah terhadap sesuatu masalah seperti kesulitan kaum Muslimah semasa solat jemaah, terutamanya ketika solat tarawih dalam video, ‘The Solulu To Your Telulu’.

“Bagi video, ‘Rapatkan Saf’ pula, kami menghasilkan video parodi seram untuk menyebarkan mesej Islamik, dengan memahami penonton Melayu gemar menonton cerita seram.

“Kami mengharapkan masyarakat seronok menonton kandungan media sosial dan juga mendapatkan manfaat daripada video tersebut,” jelas Ustazah Nursakina.

CARA HULUR SUMBANGAN KEPADA MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU


+ Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Add Reference No’ atau ‘Bill Reference No’ dan e-mel tangkap layar transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

+ Cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

+ PayNow UEN S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Bill Reference No’.

+ Langsung ke Pejabat Masjid dari Sabtu hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

+ Sila hubungi masjid di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >