Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Latihan reformatif bagi remaja sediakan khidmat seks, peras ugut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan reformatif bagi remaja sediakan khidmat seks, peras ugut

Feb 22, 2024 | 06:22 PM



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang melakukan seks dengan lelaki 34 tahun dengan bayaran $950, kemudian berganding dengan seorang lagi remaja untuk memeras ugut lelaki tersebut lebih banyak wang.

Remaja itu mencecah usia 18 tahun pada April 2023, lapor akhbar The Straits Times.


Remaja kedua, kini 17 tahun, dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai A1.

Oleh kerana lelaki itu telah melakukan kesalahan mendapatkan khidmat seks daripada remaja bawah umur pada Februari dan Mac 2023, kedua-dua remaja itu mengancam membuat laporan polis jika dia enggan membayar.

Lelaki berkenaan memindahkan $50,000 ke akaun bank remaja yang lebih tua itu.

Pada 22 Februari, remaja 18 tahun itu diperintahkan menjalani latihan pemulihan akhlak sekurang-kurangnya enam bulan selepas dia mengaku bersalah atas setiap satu pertuduhan menipu dan memeras ugut.

Ini bermakna dia akan ditahan di pusat pemulihan akhlak untuk menjalani rejimen ketat, termasuk kaunseling.

Lelaki itu sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan mendapatkan khidmat seks daripada seorang remaja bawah umur.

Kes melibatkan dia dan A1 belum selesai.

Kedua-dua remaja itu tidak boleh dinamakan kerana berusia bawah 18 tahun semasa kesalahan itu dilakukan.

Identiti lelaki itu juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Pada pertengahan Februari 2023, lelaki itu berkomunikasi dengan pengguna platform Telegram untuk mencari seseorang yang boleh memberikan khidmat seks kepadanya.

Dia diberitahu seorang wanita tempatan, remaja yang lebih tua itu, akan dapat memberikan khidmat sedemikian.

Lelaki itu bertemu dengannya pada 26 Februari 2023 dan menyerahkan $600 kepadanya sebagai bayaran.

Dia mendapatkan khidmatnya sekali lagi pada 2 Mac 2023 dan memberinya $350.

Empat hari kemudian, dia menghubungi remaja itu dan menawarkan $400 jika dia pergi menonton wayang bersamanya.

Dia menerima tawaran itu dan memberitahu A1.

Kededuanya bersetuju bertemu lelaki itu dan kemudian memeras ugut wang daripadanya kerana mendapatkan khidmat seksual daripada seorang bawah umur.

Lelaki tersebut kemudian memindahkan $50,000 kepada remaja lebih tua itu bagi menutup mulut.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana kesalahan itu terbongkar, tetapi lelaki itu dan A1 ditahan pada 4 April 2023.

Kedua-dua remaja itu dan lelaki berkenaan didakwa di mahkamah tidak lama kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >