Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih cekap dengan kemudahan simpanan bagasi automatik T2 Changi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih cekap dengan kemudahan simpanan bagasi automatik T2 Changi

Dec 19, 2023 | 06:03 PM



Sebagai sebahagian kerja naik taraf yang baru siap di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi, kemudahan Simpanan Bagasi Awal (EBS) T2 baru telah dibina.

Ini sedang daftar masuk awal semakin popular dalam kalangan pelancong, kata Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

Menurut CAG, lebih 33,000 penumpang mendaftar masuk awal di Ruang Istirahat Daftar Masuk Awal di Jewel pada Oktober 2023, peningkatan lima kali ganda daripada jumlah yang berbuat demikian pada Januari 2023.

Sebanyak 16 penerbangan juga kini menawarkan daftar masuk awal di Jewel, naik daripada 10 penerbangan pada Januari 2023.

Lapangan Terbang Changi mengendalikan 3.8 juta bagasi awal pada 2022. Jumlah tersebut naik kepada 5.6 juta bagasi awal pada 2023 (sehingga awal Disember).

Kemudahan T2 EBS sebesar 5,120 meter per segi atau sekitar empat kolam renang bersaiz Olimpik itu boleh menyimpan sehingga 2,400 bagasi pada satu-satu masa.

Ia merupakan kemudahan automatik sepenuhnya yang menggunakan kren automatik yang akan meletakkan bagasi ke dalam ruang simpanan, sebelum mengambil semula bagasi tersebut dan menghantarnya ke litar berlepas penerbangan tiga jam sebelum pelepasan.

T2 EBS itu juga mempunyai lebih 1.2 kilometer tali sawat penyampai atau conveyor belt.


Menurut Naib Presiden Eksekutif, Kejuruteraan & Pembangunan, CAG, Encik Koh Ming Sue, kemudahan T2 EBS merupakan contoh baik bagaimana lapangan terbang tersebut memanfaatkan teknologi untuk memastikan proses lebih cekap.

“Sebelum ini, dengan kemudahan separa-automatik, bagasi masih perlu dipindahkan secara manual dan dialih keluar daripada simpanan oleh pekerja... dengan peningkatan kepada automasi penuh, tiada lagi keperluan untuk campur tangan manusia... bagasi awal penumpang dimasukkan dan dikeluarkan dari simpanan secara automatik oleh sistem.

“Sebelum ini, terdapat lapan pekerja setiap syif yang ditugaskan untuk memindahkan bagasi; dengan peningkatan ini, mereka kini boleh melakukan tugas lain.

“Dengan munculnya lebih banyak inovasi lain dalam sistem pengurusan bagasi lapangan terbang, kami akan mengkajinya untuk melihat sama ada ia boleh dimanfaatkan untuk menambah baik cara kami bekerja.

“Peningkatan berterusan sedemikian membolehkan kami mengendalikan jumlah bagasi yang lebih besar, terutamanya sedang perjalanan udara terus pulih,” kata beliau.

Meskipun tidak dilihat penumpang, sistem pengurusan bagasi adalah penting bagi infrastruktur Lapangan Terbang Changi yang telah mengendalikan 33 juta bagasi pada 2019.

CAG menjelaskan bahawa bagasi yang dihantar masuk di mana-mana daripada empat lapangan terbang Changi atau di Lounge Daftar Masuk Awal Jewel akan ditandakan dengan kod bar yang menunjukkan nombor penerbangan, lapangan terbang yang dituju dan nombor pengenalan unik.

Bagasi tersebut kemudian memasuki Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) terminal itu yang terdiri daripada rangkaian kompleks tali sawat penyampai, penderia dan penyusun.

Dalam setiap BHS, tag bagasi terlebih dahulu akan diimbas oleh pembaca automatik dan kemudian dihantar untuk pemeriksaan keselamatan melalui tali sawat penyampai. Setelah itu ia memasuki aliran isihan utama.

Kebanyakan bagasi milik penerbangan yang berlepas dalam masa tiga jam, diisih terus ke saluran pelepasan masing-masing, di mana ia diambil oleh pengendali darat dan dihantar ke pesawat masing-masing.

Untuk memudahkan pergerakan bagasi milik penumpang pemindahan yang penerbangan masuk dan keluarnya terletak di terminal berbeza, Lapangan Terbang Changi mempunyai Sistem Bagasi Pemindahan Antara Terminal (ITTBS) sepanjang lebih 13 kilometer bawah tanah yang menghubungkan Terminal 1, 2 dan 3.

Ia mampu mengendalikan lebih 2,700 beg sejam dan ITTBS boleh membawa bagasi antara tiga terminal itu pada kelajuan sehingga 7 meter sesaat.

Di Terminal 4 pula, Perkhidmatan Pemindahan Bagasi manual membawa beg ke dan dari terminal tersebut.

Menurut CAG lagi, BHS kini mengendalikan lebih banyak bagasi milik penerbangan yang berlepas lebih dari tiga jam kemudian. Apabila BHS mengesan tag bagasi sedemikian, ia akan secara automatik dipindahkan ke kemudahan EBS terminal bersesuaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >