Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lelaki bunuh bekas tunang jalani hukuman gantung setelah rayuan ditolak Presiden

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki bunuh bekas tunang jalani hukuman gantung setelah rayuan ditolak Presiden

Feb 28, 2024 | 04:27 PM



Seorang lelaki yang mencekik bekas tunangnya di sebuah hotel bajet di Geylang pada 2018 telah digantung mati pada 28 Februari.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata hukuman mati telah dilaksanakan ke atas warga Bangladesh, Ahmed Salim, 35 tahun, yang mengemukakan petisyen kepada Presiden untuk memohon belas kasihan tetapi gagal.

Ini adalah pelaksanaan hukuman mati pertama untuk kes pembunuhan di Singapura sejak 2019, kata seorang jurucakap Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), lapor The Straits Times.


Beliau menambah bahawa ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama pada 2024.

Ahmed, seorang tukang cat, telah mencekik pembantu rumah warga Indonesia, Nurhidayati Wartono Surata dalam sebuah bilik di Hotel Golden Dragon pada malam 30 Disember 2018, selepas beliau enggan meninggalkan seorang lagi lelaki yang merupakan seorang kawan.

Ahmed didakwa membunuh pada 2 Januari 2019, dan dijatuhi hukuman mati pada 14 Disember 2020.

Rayuan terhadap sabitannya ditolak pada 19 Januari 2022. 

SPF berkata Ahmed telah melalui proses penuh yang sewajarnya di bawah undang-undang, dan diberikan akses kepada penasihat guaman sepanjang proses itu. 

Menurut statistik daripada SPS, individu terakhir yang menjalani hukuman gantung bagi kes pembunuhan sebelum Ahmed adalah pada 2019, ketika ada dua pelaksanaan kehakiman hukuman mati sedemikian. Terdapat empat pelaksanaan hukuman mati tahun itu.

Tiada pelaksanaan kehakiman hukuman mati pada 2020 dan 2021. SPS sebelum ini berkata ia bukan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Sebaliknya, ia berkata pelaksanaan hukuman mati dijadualkan hanya selepas proses guaman berhubung hukuman mati seorang banduan dan permohonan guaman diambil bagi pihak mereka, atau yang mungkin menjejas mereka, telah selesai.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kes pertuduhan pembunuhan yang dikurangkan kepada homisid salah yang tidak membawa kepada pembunuhan.

Mereka termasuk seorang remaja yang mengelar rakan sekolah sehingga mati di Sekolah Tinggi River Valley pada 2021. Dia dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun pada Disember 2023.

Dalam satu lagi kes, Xavier Yap Jung Houn, telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun pada Ogos 2024, setelah mencekik kedua-dua anak kembar lelaki berusia 11 tahun di longkang besar tertutup di Greenridge Crescent pada 2022.

Semasa perbicaraan, Ahmed dan Cik Nurhidayati dikatakan telah mula menjalinkan hubungan pada Mei 2012 selepas pertemuan secara kebetulan.

Mereka bersetuju berkahwin pada Disember 2018, dengan Ahmed melamarnya dan memberinya cincin di satu pesta pada 2017. 

Tetapi, wanita itu menjalin hubungan sulit dengan tukang paip warga Bangladesh, Encik Shamin Shamizur Rahman, pada pertengahan 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >