Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki didakwa tolak pemandu kereta sewa privet hingga cedera

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa tolak pemandu kereta sewa privet hingga cedera

Jan 23, 2024 | 06:22 PM



Seorang lelaki yang dituduh menolak pemandu kereta sewa privet sehingga beliau terjatuh ke dalam longkang, didakwa di mahkamah pada 23 Januari kerana menyebabkan kecederaan akibat perbuatan melulu.

Tok Wee Hoong, 53 tahun, yang ketika itu pemandu CityCab, dituduh menolak Encik Allan Wong, 59 tahun, di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) ke arah Changi pada sekitar 5.20 pagi, 25 September 2023.

Menurut dokumen mahkamah, Encik Wong terjatuh ke belakang, melepasi pembahagi jalan lalu termasuk ke dalam longkang, lapor The Straits Times (ST).


Dalam video 20 saat yang disiarkan di laman web Stomp pada September 2023, seorang lelaki dilihat berdiri berhampiran pintu di tempat duduk pemandu teksi CityCab yang terbuka, dan sedang berkata-kata dengan seseorang dalam kenderaan itu.


Teksi itu kemudian meluncur ke hadapan dengan pintunya masih terbuka sebelum berhenti. Pemandunya kemudian dilihat melangkah keluar dan menolak mangsa, menyebabkan beliau terjatuh ke belakang.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Cik Grace Wu, wakil syarikat pengangkutan ComfortDelGro yang memiliki CityCab, berkata syarikatnya tidak menganggap remeh kejadian itu dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pemandu teksi tersebut.

ST telah menghubungi ComfortDelGro pada 23 Januari untuk mengetahui sama ada Tok masih bekerja dengan syarikat itu.

Kes Tok ditangguhkan ke 15 Februari.

Pesalah yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas orang lain akibat perbuatan terburu-buru boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >