Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muatan tiba di pelabuhan S’pura pada 2023 lepasi rekod 3b tan kasar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muatan tiba di pelabuhan S’pura pada 2023 lepasi rekod 3b tan kasar

Kejayaan penting dicapai
di tengah-tengah ketidaktentuan, ketidakstabilan ekonomi sejagat: Hong Tat
Dec 26, 2023 | 05:45 PM



Pelabuhan Singapura mencatat satu pencapaian baru apabila jumlah muatan kapal yang tiba di negara ini pada 2023 mencapai rekod tiga bilion tan kasar (GT).

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataannya berkata pelabuhan Singapura merai pencapaian itu dengan ketibaan kapal kontena ONE OLYMPUS di Terminal Pasir Panjang pada 25 Disember.


Kapal tersebut, yang mempunyai kapasiti 8,628 kontena berukuran biasa (TEU) dan muatan 98,799 tan kasar, membantu meningkatkan angka tahunan itu melewati paras tiga bilion, meningkat daripada 2.83 bilion pada tahun sebelumnya.

Pencapaian tersebut disambut dalam satu acara yang dianjurkan oleh MPA di PSA Horizons pada 26 Disember, dengan kehadiran Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Di acara itu, Encik Chee menekankan kepentingan kerjasama tiga pihak yang kukuh antara kesatuan sekerja, industri dan pemerintah sebagai faktor utama kejayaan pelabuhan.

“Kami tidak boleh lupa bahawa faktor kejayaan terpenting pelabuhan kami ialah perkongsian tiga pihak yang kukuh.

“Ini mewujudkan sebuah ekosistem yang dipercayai, yang membolehkan semua rakan kongsi dan pihak berkepentingan bekerjasama dan berinovasi bersama, bagi menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan,” kata Encik Chee.

Beliau juga menekankan walaupun perkakasan dan teknologi Singapura boleh ditiru, ekosistem tiga pihak yang unik di negara ini adalah satu perkara yang membezakannya daripada negara lain dan menjadi pemacu utama sektor maritim di sini. 

“Oleh itu, ini adalah salah satu unsur penting yang memberikan kami kelebihan untuk terus mendahului persaingan, dan membawa Maritim Singapura ke tahap lebih tinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Encik Chee berkata Pelabuhan Singapura berjaya meraikan pencapaian penting di tengah-tengah cabaran sejagat yang membawa kepada ketidaktentuan dan ketidakstabilan ekonomi, sambil menegaskan pencapaian mencatat lebih tiga bilion tan kasar dalam ketibaan kapal tahunan adalah satu detik penting.

Menurut beliau lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MPA sedang memantau perkembangan sejagat ini dengan teliti dan sentiasa berhubung rapat dengan rakan kongsi serta pihak berkepentingan untuk melihat bagaimana mereka boleh bekerjasama bagi mengurangkan kesan gangguan.

“Seperti yang telah kami lakukan sebelum ini, saya yakin ketersambungan, kecekapan dan kebolehpercayaan pelabuhan kami membolehkan Singapura memainkan peranan penting (dan) bekerja rapat dengan syarikat perkapalan utama untuk memudahkan pengaliran barangan di seluruh dunia,” ujarnya.

Sementara itu, ketua eksekutif MPA, Encik Teo Eng Dih, melahirkan penghargaannya bagi status berterusan Singapura sebagai pelabuhan pilihan dan menggariskan komitmen meningkatkan kecekapan dan keselamatan pelabuhan.

​Beliau berkata: “Kami berasa amat merendah hati bahawa Singapura terus menjadi pelabuhan pilihan. Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan tiga pihak kami untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan pelabuhan kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >