Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mufti dilantik anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti dilantik anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti

Feb 01, 2024 | 04:19 PM



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir telah dilantik sebagai anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti (PCMR). 

Pejabat Presiden mengumumkan pelantikan tersebut pada 1 Februari. Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada hari yang sama. 

Peranan PCMR adalah untuk meneliti perundangan untuk sebarang peruntukan diskriminasi terhadap masyarakat kaum atau agama.

Pejabat Presiden berkata Dr Nazirudin dikenali atas kepimpinannya semasa pandemik Covid-19 selain usahanya dalam mempromosikan pemikiran Islam yang progresif dan memupuk keharmonian beragama.

“Sebagai Mufti, Dr Nazirudin telah memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat Islam Singapura mengharungi cabaran utama, termasuk pandemik Covid-19, memperjuangkan pemikiran dan amalan Islam yang progresif, dan mengukuhkan keharmonian agama di Singapura,” kata kenyataan itu.

Dr Nazirudin juga merupakan salah seorang anggota bersama Jawatankuasa Pemandu Nasional mengenai Keharmonian Kaum dan Agama dan Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama (PCRH). 

Pejabat Presiden juga mengumumkan pelantikan semula Uskup Agung Roman Katolik Singapura, Kardinal William Goh, dan mantan pengerusi Lembaga Penasihat Sikh, Encik Surjit Singh, sebagai anggota PCMR bagi tempoh tiga tahun bermula 1 April.

Ditubuhkan pada 1970, majlis itu memastikan undang-undang yang diluluskan di Parlimen tidak mendiskriminasi mana-mana masyarakat kaum atau agama.

Ia juga menasihati perkara yang dirujuk oleh Parlimen atau pemerintah dan melaporkan kepada Speaker Parlimen.

Ia juga menasihatkan Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan Jawatankuasa India dan Masyarakat Minoriti Lain untuk mengesahkan calon minoriti untuk pilihan raya parlimen.

Dengan pelantikan terbaru itu, PCMR mempunyai 17 anggota termasuk seorang Pengerusi, lima anggota tetap yang dilantik seumur hidup, dan 11 lagi anggota yang dilantik selama tiga tahun oleh Presiden Singapura atas nasihat Kabinet.

Lima anggota tetap itu adalah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; mantan menteri Kabinet, Encik  S. Dhanabalan; dan mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi.

Antara anggota lain majlis itu termasuk Imam Masjid Ba’alwie Habib Syed Hassan Al-Attas, Encik Othman Haron Eusofe, Profesor Chan Heng Chee, Encik Barry Desker, Encik Philip Jeyaretnam dan Venerable Sik Kwang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >