Naga dalam pelbagai bentuk dan saiz telah ‘muncul’ di serata Singapura bagi menyambut Tahun Baru Cina (CNY) yang jatuh pada 10 Februari.
Pada 2024, Tahun Naga Kayu, dan haiwan bertuah dalam zodiak Cina itu melambangkan kuasa, kekuatan dan nasib yang baik.
Kaum Cina percaya bahawa mereka yang lahir pada tahun naga memiliki ciri pemimpin semula jadi yang menggalak dan memberi inspirasi kepada orang lain.
Berita Harian memaparkan ‘kemunculan’ naga di beberapa kawasan di sini.